Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Perjalanan dari Terminal Bersepadu Gombak, Selangor ke KotaSAS, Pahang menerusi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mengambil masa hanya kira-kira 85 minit sehala, perkembangan yang menunjukkan projek itu semakin hampir memasuki fasa operasi.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, catatan itu direkodkan menerusi perjalanan dua hala menggunakan Comprehensive Inspection Train (CIT) ECRL bagi menilai aspek pengujian sistem dan kesiapsiagaan projek berkenaan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Hanya 85 minit sehala perjalanan dari Terminal Bersatu Gombak, Selangor ke Kota Sas Pahang menggunakan laluan Rail Pantai Timur ECRL.
00:10Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sedang Berhad, MRL, Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, catatan itu direkodkan menerusi ujian
00:18tren komprehensif perjalanan dua hala bagi menilai sistem dan kesiapsiagaan projek berkenaan.
00:25Menurut MRL dalam kenyataan, tempoh yang sama diambil dari Kota Sas ke Gombak turut mengambil masa kira-kira 85 minit,
00:33sekaligus memberikan gambaran awal tempoh perjalanan sebenar tren apabila perkhidmatan itu beroperasi kelak.
00:41Darwis berkata, kesiapsiagaan ECRL bukan hanya bergantung kepada kelajuan atau tempoh perjalanan.
00:46Sebaliknya, turut merangkumi aspek keselamatan, keboleh percayaan dan keupayaan sistem untuk menyediakan perkhidmatan kepada rakyat.
00:55Jelasnya, MRL akan terus mempergiat ujian dan pentahulian serta persediaan operasi bagi memastikan keseluruhan sistem ECRL memenuhi keperluan keselamatan, teknikal
01:06dan kawal selia sebelum perkhidmatan dibuka kepada orang ramai.
01:11Terima kasih kerana menonton!

Recommended