Skip to playerSkip to main content
  • 8 minutes ago
Isu kegagalan pegawai perubatan melapor diri untuk bertugas di Sabah dan Sarawak serta status penggubalan rang undang-undang baharu bagi menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 menjadi antara topik utama persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:01Isu kegagalan pegawai perubatan melapor diri untuk bertugas di Sabah dan Sarawak serta status penggubalan rang undang-undang baru bagi
00:10menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti AUKU 1971 menjadi antara topik utama persidangan Dewan Rakyat hari ini.
00:20Menurut aturan urusan mesyuarat di portal rasmi Parlimen pada sesi waktu-waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri MQT, Ahli Parlimen Pulai Suhaizan
00:29Kai meminta Menteri Kesehatan mendedahkan jumlah sebenar pegawai perubatan yang gagal melapor diri sebaik tempoh penempatan berakhir hari ini, di
00:40samping punca dan langkah mengatasinya.
00:44Turut dibangkitkan dalam sesi itu ialah persoalan Ahli Parlimen Pendang Awang Hashim kepada Menteri Kewangan mengenai penetapan sempadan bidang kuasa
00:52antara Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan agensi kawal selia lain bagi mengelakkan pertindihan fungsi dan penguatkuasaan.
01:00Ahli Parlimen Batu Gajah Sivakuma Varataraju Naidu pula meminta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan perkembangan terkini penyediaan rang undang-undang baru
01:09bagi menggantikan AUKU 1971 serta komitmen kerajaan untuk membentangkannya di Parlimen pada Disember 2026.
01:17Pada sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pula, Ahli Parlimen Batu P. Prabakaran mengemukakan soalan kepada Perdana Menteri berhubung status
01:26terkini hak milik tanah dan kapasiti kolam takungan banjir di kawasan batu serta jinjang khususnya keluasan yang masih berfungsi sepenuhnya
01:35bagi tujuan mitigasi banjir berbanding pelan asal.
01:38Selain itu, Ahli Parlimen Bakri Tan Hong Pin meminta Menteri Digital membentangkan pencapaian semasa strategi kementerian dalam memperkasakan literasi digital
01:47dan penguasaan kemahiran kecerdasan buatan AI selain pelan tindakan strategik bagi melahirkan bakat digital berkemahiran tinggi.
01:55Selesai sesi soal jawab persidangan Dewan di jadual diteruskan dengan perbasaan bagi bacaan kali kedua rang undang-undang makanan kurungan
02:03pindaan 2026 oleh Menteri Kesihatan.
02:06Dewan Rakyat kemudian dijadual menyambung bacaan kali kedua bagi rang undang-undang makanan kehakiman kurungan pindaan 2026 yang akan dibentangkan
02:15oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
02:18Mesyuarat ketiga penggal kelima Parlimen ke-15 Dewan Rakyat berlangsung selama 37 hari hingga 8 Disember.

Recommended