Skip to playerSkip to main content
  • 11 hours ago
Penutupan itu sebagai langkah berjaga-jaga demi melindungi keselamatan dan kesihatan murid serta pelajar.
Transcript
00:00Semua sekolah di Johor diarahkan ditutup dua hari pada hari ini dan esok.
00:04Menurut pengurusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor,
00:08Muhammad Naqib Madhazali, arahan dititahkan pemangku Sultan Johor,
00:12tungku mahkota Ismail, susulan keadaan jerebu dan kemerosotan kualiti udara di semua daerah.
00:20Jelas Muhammad Naqib, penutupan ini melibatkan seramai 617,258 murid dan pelajar
00:27di 1,198 buah sekolah di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan KPM
00:33serta sekolah agama di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri.
00:36Penutupan itu sebagai langkah berjaga-jaga demi melindungi keselamatan dan kesihatan murid serta pelajar.
00:42Katanya lagi, sekolah yang terlibat dengan metriks pembelajaran tahun 4 MPT 4
00:46atau mana-mana pentadsyiran pelaksanaan yang akan ditangguhkan dan dijadualkan semula
00:51tertakluk kepada ketetapan Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan pihak berkaitan.
00:55Sepanjang tempoh penutupan, sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah PDPR
01:01akan dilaksanakan bagi memastikan proses pembelajaran dapat diteruskan.
01:07Menurut Muhammad Naqib, Kerajaan Negeri memahami keputusan ini mungkin memberi kesan
01:11kepada urusan ibu bapa serta penjaga yang masih perlu bekerja.
01:16Demikian itu kerjasama dan pertimbangan majikan amat dihargai
01:20untuk memberikan fleksibiliti bersesuaian kepada ibu bapa yang terkesan
01:25termasuk pengaturan kerja yang munasabah mengikut kesesuaian organisasi masing-masing.

Recommended