00:00Jumlah tunggakan bayaran balik pinjaman perbadanan tabung pendidikan tinggi nasional PTPTN mencecah RM10.7 bilion setakat 31 Ogos lalu.
00:10Kementerian Pendidikan Tinggi KPT memaklumkan tunggakan itu melibatkan seramai 1.16 juta peminjam.
00:19Peminjam yang berdepan kesukaran menjelaskan tunggakan dialu-alukan tampil berunding bagi menstrukturkan semula bayaran balik atau memohon penangguhan mengikut kelonggaran
00:28yang dibenarkan.
00:29KPT berkata kerajaan sentiasa prihatin terhadap kekangan yang dihadapi peminjam yang benar-benar terbeban untuk menjelaskan pinjaman.
00:37PTPTN turut menambah baik terma dan syarat pembiayaan supaya lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan berdasarkan kemampuan agensi itu.
00:46Keberkesanan kutipan bayaran balik juga akan dipertingkat menerusi penguatkuasaan dan kerjasama strategik dengan agensi kerajaan serta sektor korporat.
00:54Maklumat itu dikemukakan KPT menerusi jawapan bertulis bagi menjawab soalan Datuk Sri Aminuddin Harun PH Port Dickson di Parlimen.
01:02Menurut KPT, pelbagai inisiatif akan terus dilaksanakan bagi memastikan kelestarian dana dan model perniagaan PTPTN untuk jangka panjang.
01:10Terima kasih telah menonton!
Comments