Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Donald Trump menegaskan Amerika Syarikat tidak akan melancarkan serangan terhadap Iran sebelum pilihan raya pertengahan penggal pada November.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menegaskan Washington tidak akan melancarkan sebarang serangan terhadap Iran sebelum pilihan raya pertengahan penggal negara
00:08itu pada 3 November.
00:09Menerusi hantaran di platform True Social, Trump berkata keputusan itu dibuat kerana Amerika Syarikat dan Iran ketika ini sedang terlibat
00:16dalam perbincangan yang disifatkannya sebagai produktif.
00:20Bagi menerima pun, beliau menegaskan sekatan dan tekanan terhadap Iran akan terus dikekalkan.
00:25Trump turut mendakwa pengaliran minyak melalui selat humus berada pada tahap tertinggi dengan sebanyak 22 juta tong melalui laluan strategik
00:33itu dalam satu hari.
00:34Beliau juga sekali lagi menegaskan bahawa Iran tidak akan dibenarkan memiliki senjata nuklear.
00:40Kenyataan itu dibuat di tengah-tengah laporan media yang mendakwa White House telah meminta Pentagon menyediakan pilihan serangan terhadap sasaran
00:46di Iran sebelum pilihan raya pertengahan penggal.
00:49Pada Februari lalu, Amerika Syarikat dan Israel melancarkan operasi ketenteraan terhadap Iran sebelum Teheran bertindak balas dengan serangan peluru berpandu
00:57dan drone di rantau tersebut.
00:59Walaupun kedua-dua pihak menandatangani memorandum bersefahaman pada Jun, hasil usaha pengantaraan Pakistan dan Qatar,
01:05pelaksanaannya masih tertangguh susulan perbezaan pendapat berhubung isu keselamatan dan pelayaran di selat humus.
01:12Terima kasih kerana menonton!

Recommended