Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
BAM mahu memanfaatkan Geran Padanan Sukan RM30 juta melalui kerjasama dengan persatuan negeri dan rakan korporat bagi memperbanyak kejohanan berkualiti serta memperkukuh pembangunan pemain muda negara.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Persatuan Badminton Malaysia BAM akan meneliti peluang memanfaatkan geran padanan sukan GPS berjumlah RM30 juta di bawah belanjawan 2027 dengan
00:09kerjasama Persatuan Badminton Negeri dan Rakan Korporat bagi memperkukuh penganjuran kejuanan serta memberikan lebih banyak pendedahan kepada pemain pelapis.
00:17Presiden BAM Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata inisiatif itu penting untuk mewujudkan lebih banyak medan persaingan kompetitif
00:25di dalam negara sekaligus membolehkan pemain tempatan mengumpul pengalaman sebelum beraksi di pentas antarabangsa.
00:34Jelasnya dalam satu kenyataan bagi Badminton lebih banyak kejauhanan berkualiti bermakna lebih banyak peluang untuk pemain tempatan menguji kemampuan berdepan
00:43dengan lawan yang lebih kuat dan mengumpul pengalaman sebelum bersaing di pentas antarabangsa.
00:48Beliau berkata pendedahan menerusi pertandingan kompetitif penting bagi mengurangkan kebergantungan kepada segelintir pemain bintang sedia ada selain memastikan kesinambungan pembangunan
00:57atlet negara.
00:58Tengku Zafrul berkata tumpuan BAM bukan sekadar melahirkan kejayaan dalam jangka pendek tetapi juga memastikan ekosistem badminton negara kekal berdaya
01:06saing untuk generasi akan datang.
01:08Mengulas pembangunan atlet muda, beliau berkata peningkatan peruntukan bagi sukan di peringkat sekolah merupakan langkah positif namun perlu disokong oleh
01:16laluan pembangunan yang kukuh supaya bakat yang dikenal pasti dapat terus dibimbing hingga ke peringkat lebih tinggi.
01:22Dalam berita, beliau menegaskan bahawa persiapan skuad badminton negara menghadapi sukan C-2017 kekal menjadi keutamaan BAM.

Recommended