Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
JAIS membuka siasatan terhadap dakwaan individu Islam melakukan ritual agama lain mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dalam pada itu, Jabatan Agama Islam Selangor Jaiz memulakan siasatan terhadap hantaran tular membabitkan seorang individu beragama Islam yang dipercayai
00:07melakukan ritual agama bukan Islam.
00:10Pegarang Jaiz, Datuk Muhammad Syazihan Ahmad berkata, setiap maklumat atau aduan berkaitan persoalan akidah akan disiasat dan diambil tindakan secara
00:19profesional, tegas, cepat, tepat dan adil.
00:24Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4 dan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.
00:30Peruntukan itu melibatkan kesalahan melakukan perbuatan yang menunjukkan pemujaan dengan cara menyalahi hukum syarak serta menyebabkan agama Islam dipandang hina.
00:38Bagaimanapun, Jaiz masih belum dapat mengesahkan sama ada perbuatan itu dilakukan ketika sambutan taipusam di Batu Kev seperti yang ditularkan.
00:45Jaiz juga tidak menolak kemungkinan hantaran berkenaan melibatkan suntingan bertindih atau dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan AI.
00:53Fakta berkaitan kes itu termasuk lokasi kejadian akan disiasat secara terperinci bagi menentukan bidang kuasa Jaiz untuk mengambil tindakan selanjutnya.
01:02Muhammad Syazihan menegaskan Jaiz kekal komited melaksanakan penguatkuasaan Undang-Undang Syariah bagi memelihara akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di Selangor.

Recommended