00:00Kementerian Kesihatan KKM memperkukuh kebajikan dan prospek kerjaya jururawat bagi menangani isu penghijrahan tenaga kerja ke luar negara.
00:09Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Ahmad berkata pendekatan itu bertujuan memastikan perkhidmatan kejururawatan awam, kekal kompetitif dan kebajikan petugas
00:18terus terpelihara.
00:23Antaranya langkah diambil termasuk penambahbaikan gaji, pemberian insentif mengikut kelayakan serta peningkatan allowance post basic daripada RM100 kepada RM200 sebulan.
00:35Keutamaan KKM adalah untuk memastikan perkhidmatan kejururawatan awam kekal, satu yang sifatnya kekal kompetitif dan kebajikan mereka terpelihara dan prospek
00:48kerjaya mereka kami terus bangunkan dan perkasakan dan improve.
00:54Dalam pada itu, KKM turut memberi perhatian kepada kesejahteraan jururawat yang bertugas secara syif, termasuk penetapan waktu bekerja 42 jam
01:04seminggu.
01:06KKM juga memperluas peluang latihan dan fleksibiliti penempatan bagi menggalakkan jururawat terus berkhidmat dalam sektor kesihatan awam.
01:14Usaha itu merupakan sebahagian daripada langkah berterusan KKM untuk memperkukuh pengurusan tenaga kerja dan mengekalkan jururawat dalam perkhidmatan awam.
01:24Terima kasih telah menonton!