Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Pulau Pinang memperkukuh rawatan kesuburan, penjagaan anak dan sokongan keluarga muda bagi menangani penurunan kadar kelahiran.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan Negeri Pulau Pinang pergiat usaha untuk menangani penurunan kadar kelahiran menerusi pendekatan menyeluruh yang merangkumi rawatan kesuburan dan sokongan
00:09buat keluarga muda.
00:11Pengurusi Jawatan Kuasa Kebajikan, Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri, Lim Siu Kim berkata, usaha itu juga meliputi
00:18penjagaan anak mampu milik, pesekitaran kerja yang mesra keluarga dan juga fleksibiliti kerjaya.
00:27Bagi Rawatan Kesuburan, Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara LPPKN menerusi Program Bantuan Rawatan Kesuburan dan
00:37Advokasi Infertility BUAI.
00:39Program itu menyediakan khidmat konsultasi, konseling, saringan dan rawatan di pusat keluarga LPPKN Pulau Pinang di Bertam, Kepala Batas.
00:47Pembayaran Rawatan Permanian Beradas IUI turut disediakan kepada pasangan layak yang berpendapatan isi rumah kurang RM10,000 sebulan meliputi maksimum
00:56satu kitaran setahun dan dua kitaran sepanjang hayat.
00:59Kerajaan Negeri juga melaksanakan inisiatif pemutihan taskar, tadika dan pusat jagaan bagi memastikan kanak-kanak ditempatkan di perimbis berdaftar selamat
01:07dan berkualiti.
01:08Kajian bersama Universiti Sains Malaysia mengenalpasti tekanan kewangan dan keadaan ekonomi sebagai antara faktor utama yang mempengaruhi keputusan pasangan untuk
01:16mempunyai anak.
01:18Bagaimanapun, kerajaan Negeri belum menetapkan sasaran khusus bagi kadar keseburan keseluruhan kerana keberkesanan inisiatif itu perlu dinilai dalam jangka sederhana
01:27dan panjang.
01:27Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia Pulau Pinang, merekodkan 16,706 kelahiran hidup pada 2015, berkurang 1,458 kelahiran atau kira-kira
01:378% berbanding tahun sebelumnya.

Recommended