• 6 weeks ago
Panama mengisytiharkan darurat bagi mempercepat bantuan dan pemulihan selepas gempa bumi 7.7 magnitud serta puluhan gegaran susulan. Tiada kematian dilaporkan setakat ini walaupun beberapa bangunan mengalami kerosakan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, Panama meisytiharkan darurat pada Sabtu selepas gempa bumi berukuran 7.7 magnitude melanda negara itu pada Jumaat disusuli beberapa
00:09gegaran susulan.
00:10Perisytiharan itu bertujuan mempercepatkan usaha pemulihan kerusakan serta penyaluran bantuan kemanusiaan kepada penduduk terjejas.
00:20Bagi menempun pihak berkuasa memaklumkan, tiada kematian dilaporkan setakat ini.
00:24Gempa bumi baru berukuran 5.5 magnitude turut melanda Panama pada Sabtu, beberapa jam selepas satu lagi gegaran susulan berlaku
00:33pada Jumaat malam.
00:34Gempa bumi berukuran 7.7 magnitude pada Jumaat merosakkan beberapa bangunan dan menyebabkan ribuan penduduk keluar ke jalan raya.
00:42Namun, Panama berjaya mengelak kemusnahan besar atau kelangan nyawa.
00:46Menurut kajian geologi Amerika Syarikat, USGS, gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 12.6 km dengan pusat gempa di kawasan kurang
00:56berpenduduk kira-kira 200 km dari ibu negara.
00:59USGS turut memaklumkan kemungkinan terdapat mangsa akibat gempa berkenaan.
01:05Lebih 40 gegaran susulan dilaporkan berlaku di negara berbentuk genting itu dalam beberapa jam selepas gempa utama.
01:11Bagaimanapun, operasi terusan Panama dan lombong tenaga Cobre Panama dilaporkan berjalan seperti biasa,
01:18manakala lapangan terbang antarabangsa Tokumen turut menyambung semula penerbangan selepas penggantungan sementara.
01:24Gempa bumi kuat jarang berlaku di Panama menyebabkan sebagian penduduk khususnya warga emas.
01:29Dilihat menangis ketika berpindah keluar ke jalan raya sesulan gegaran berkenaan.

Recommended