00:00Kementerian Kesihatan KKM menekankan kepentingan pengesanan awal dan rawatan segera bagi penyakit jantung, khususnya serangan jantung akut bagi mengurangkan risiko
00:09komplikasi serta kematian.
00:11Menurut Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Perubatan KKM, Datuk Dr. Ahmad Azman Yaakob, penyakit jantung iskemia kekal sebagai punca utama kematian
00:19di Malaysia pada 2024.
00:22Justeru penting untuk meningkatkan kesedaran tentang pencegahan, pengesanan awal, rawatan segera dan kesinambungan penjagaan pesakit.
00:31Untuk tahun ini, World Heart Federation masih mengekalkan tema sambutan Don't Miss A Bit dan ia mengingatkan kita bahawa tanda
00:38-tanda penyakit jantung masih sering terlepas pandang atau lambat dikesan sehingga sudah terlalu lewat.
00:44Dr. Ahmad Azman berkata seseorang mungkin kelihatan sihat dan aktif namun mempunyai faktor risiko seperti tekanan darah tinggi, diabetes, kolesterol
00:52tinggi, berat badan berlebihan atau gaya hidup yang tidak aktif.
00:56Selain itu, beliau berkata ST Elevation Myocardial Infraction, STEMI, akut ialah satu bentuk serangan jantung yang paling kritikal dan memerlukan
01:05tindakan segera.
01:07Sambutan Hari Jantung Sedunia Peringkat Negeri Perak 2026 turut menyediakan saringan kesihatan serta pemeriksaan ekokardiogram percuma khusus untuk penjawat awam
01:16Perak di Kompleks Wanita Kanak-Kanak dan Kardiologi KWKK.
01:20Terima kasih telah menonton!
01:20Terima kasih kerana menonton!