00:00Malaysia masih menunggu maklum balas Indonesia berhubung tawaran bantuan memadamkan kebakaran hutan dan tanah di Sumatera dan Kalimantan yang menyebabkan
00:08jerebu rentas sempadan dan timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata tawaran untuk menghantar sebuah pesawat, tiga
00:16helikopter dan 55 anggota itu diberikan ketika bertemu Presiden Prabowo Subianto dan juga Wakil Presiden Gibran Rakabuming Raka di Jakarta
00:26baru-baru ini.
00:28Tidak ada perbalahan, tidak ada perbalahan. Sebagai mana saya buat dalam intro ucapan saya tadi, saya sendiri jumpa dengan Wakil
00:38Presiden Gibran dan juga Presiden Prabowo menawarkan tetapi NADMA dan Kementerian Luar telah menulis surat kepada rakan-rakan sejawat masing
00:51-masing tetapi sebelum ini belum ada jawapan.
00:54Dan kita bersangka baik yang mungkin mereka tidak memerlukan bantuan kita. Saya kata saya bersangka baik.
01:04Mengulas mengenai kemungkinan tindakan undang-undang terhadap isu jerebu, Ahmad Zahid berkata perkara itu diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk
01:13membuat penilaian jika perlu.
01:15Bagaimanapun ujarnya berdasarkan kepada semangat ASEAN adalah lebih baik diadakan koordinasi bagi mengelakkan perkara tersebut kerana mencegah adalah lebih baik
01:26daripada mengubati.