00:00Dan semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan di kawasan yang mencatatkan IPU lebih 180 perlu ditutup bermula Jumaat lepas.
00:09Ketua Pengarah Pendidikan, Dato' Azam Ahmad berkata, penutupan itu bagi melindungi murid dan warga pendidikan daripada kesan jerebu terhadap kesihatan.
00:18Jelasnya KPM menjunjung titah yang di Putuan Agong, Sultan Ibrahim yang menekankan keselamatan dan juga kesihatan murid serta warga pendidikan
00:24susulan keadaan jerebu.
00:27Menerusi kenyataan pada Khamis, bagi kawasan yang mencatatkan IPU lebih 150 secara berterusan selama tiga hari, institusi pendidikan juga diarahkan
00:36ditutup bermula Isnin 12 Oktober.
00:40Sekolah dan institusi di bawah KPM yang terjejas perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dari rumah atau PDPR.
00:47Kata KPM, sekolah perlu memastikan pembelajaran murid diteruskan mengikut kaedah yang sesuai dengan mengambil kira akses dan keperluan murid dan
00:55juga kesediaan guru.
00:56Dalam tempoh penutupan, guru dan anggota kumpulan pelaksanaan juga dibenarkan bekerja dari rumah tertakluk kepada pertimbangan Menteri Pendidikan.
01:04Terima kasih.