00:00Pelaksanaan gaji minimum baharu, bantuan kepada golongan M40, risiko hutang melalui skim beli sekarang, bayar kemudian BNPL dan hala tujuh
00:09pasukan pola sepak negara antara isu yang dijangka menjadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini.
00:14Menurut Aturan Mesyuarat Dewan Rakyat, isu ini akan dibangkitkan pada sesi pertanyaan jawab lisan.
00:21Ahli Parlimen Tampin, Datuk Muhammad Isam Isa, dijadual mengemukakan soalan kepada Menteri Sumber Manusia berhubung dapatan gajian semula kadar gaji
00:31minimum yang selesai dilaksanakan September lalu.
00:34Ini termasuk formula dan indikator yang akan digunakan bagi menentukan kadar gaji minimum baharu yang dijangka berkuatkuasa tahun depan.
00:42Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adenan Abu Hassan, meminta Menteri Kewangan menjelaskan langkah membantu isi rumah M40 yang
00:51tidak lagi layak menerima bantuan bersasar namun masih terkesan dengan peningkatan kos sari hidup termasuk mekanisme menilai semula kelayakan berdasarkan
01:00pendapatan dan perbelanjaan semasa.
01:02Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bacok, Muhammad Syahir Cik Sulaiman, mengemukakan pertanyaan kepada Menteri Kewangan mengenai perkembangan terkini penggunaan dan
01:11tunggakan skim BNPL dan langkah suruhan jaya kredit pengguna dalam mengawal risiko keberhutangan berlebihan khususnya dalam kalangan golongan muda dan
01:20berpendapatan rendah.
01:21Turut menjadi perhatian, Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr. Kelvin Yi Lee Wen meminta penjelasan daripada Menteri Komunikasi sama ada kerajaan
01:30bercadang memperluas had umur media sosial kepada platform permainan dalam talian yang mempunyai jumlah pengguna kanak-kanak dan remaja yang
01:37tinggi.
01:38Manakala, Ahli Parlimen Kangar, Zakir Hassan akan mengemukakan soalan kepada Menteri Belia dan Sukan mengenai perancangan dan langkah strategik Persatuan
01:47Bola Sepak Malaysia FAM untuk mengembalikan semula reputasi dan meningkatkan ranking pasukan negara susulan isu pemain naturalisasi sebelum ini.
01:56Persidangan Dewan Rakyat berlangsung selama 37 hari hingga 8 Disember.