Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Sebanyak 80,000 hingga 90,000 percubaan serangan siber dikesan dan ditangkis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap hari bagi melindungi pangkalan data serta maklumat yang dikendalikan agensi penguatkuasaan itu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sebanyak 80,000 hingga 90,000 percubaan serangan saiber dikesan dan ditangkis oleh Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia SPRM setiap hari
00:09untuk melindungi pangkalan data serta maklumat yang dikendalikan oleh agensi penguatkuasaan itu.
00:15Karena bahagian pengurusan rekod dan maklumat SPRM, Zuhairi Abu Bakar berkata, maklumat yang dikendalikan Suruhanjaya itu mempunyai nilai tinggi dan
00:23sentiasa terdedah kepada pelbagai bentuk ancaman digital.
00:30Menurut Zuhairi, ancaman keselamatan maklumat bukan sahaja melibatkan serangan saiber, malah turut merangkumi percubaan mendapatkan akses tanpa kebenaran dan kecurian
00:40data.
00:41Sehubungan dengan itu, bahagian pengurusan rekod dan maklumat BPRM melaksanakan pendekatan pertahanan berlapis melalui pelbagai mekanisme keselamatan bagi melindungi pangkalan
00:52data serta maklumat SPRM.
00:54Beliau menjelaskan pendekatan pertahanan berlapis dilaksanakan melalui pelbagai mekanisme seperti pengesahan pelbagai faktor, sistem keselamatan rangkaian seperti firewall, pemantauan sistem
01:07secara masa nyata, penyulitan data dan ujian tahap keselamatan sistem aplikasi secara berkala, serta pengujian sebelum sesuatu aplikasi diluluskan untuk
01:17digunakan.
01:18Zuhairi menjelaskan kebocoran maklumat boleh menjejaskan kerahsiaan sesuatu operasi dan dalam keadaan tertentu berpotensi mengancam keselamatan saksi serta memberi amaran
01:29kepada pihak yang sedang disiasat.
01:31Menurutnya, pendedahan maklumat sebelum waktunya juga boleh memberi peluang kepada pihak tertentu menghapuskan dokumen, mengubah jejak transaksi atau mempengaruhi individu
01:41yang berkaitan dengan siasatan.
01:42Tambahnya, penyembaran maklumat berkaitan sesuatu kes secara meluas turut berpotensi, menedahkan saksi kepada tekanan atau pengaruh, sekaligus menyukarkan proses pengumpulan
01:53bukti dan mendapatkan keterangan.

Recommended