00:00Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baru pada Ahad sahkan perceraian secara taklik membabitkan jururawat selepas suaminya melanggar lafaz taklik dengan menikam
00:09wanita itu enam kali di badan dan leher pada 5 Oktober lalu.
00:13Hakim Muhammad Anwan E.B. Muttalib membuat keputusan itu selepas mendengar pengakuan lelaki berusia 47 tahun berkenaan dalam proseding yang
00:23berlangsung kira-kira sejam.
00:28Mahkamah mendapati defendant melanggar Seksyen 50 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kelantan 2022 yang memperuntukkan penceraian melalui taklik atau janji
00:38bersyarat yang dibuat ketika perkahwinan.
00:40Hakim Muhammad Anwan berkata keputusan itu dibuat berdasarkan perbuatan suami yang menyebabkan kesedaran fizikal terhadap isterinya sekaligus melanggar syarat yang
00:49ditetapkan ketika perkahwinan mereka.
00:52Menurutnya, plaintiff kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II.
00:57Plaintiff berusia 44 tahun yang bekerja sebagai jururawat memfaikan permohonan penceraian pada 21 September lalu.
01:05Terdahulu, lelaki yang masih dalam tahanan reman itu tiba di mahkamah jam 8.45 pagi.
01:11Dia direman polis sejak 6 Oktober bagi membantu siasatan berhubung kejadian menikam isterinya di rumah mereka di kampung Padang Lepai.
01:19Media sebelum ini melaporkan seorang jururawat parah selepas ditikam suaminya sebanyak 6 kali di rumah mereka di Ketereh, Kota Baru,
01:27Kelantan.