Skip to playerSkip to main content
  • 10 hours ago
Presiden Indonesia Prabowo Subianto berkata inisiatif itu dibincangkan semasa rundingan dua hala dengan Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi di Jakarta pada Ahad (11 Oktober).
Transcript
00:00Indonesia dan Mesir sedang mengusahakan Perjanjian Perkongsian Ekonomi atau EPA serta penubuhan dana pelaburan bersama.
00:08Langkah itu bagi memperkukuh kerjasama perdagangan dan pelaburan dua hala.
00:15Presiden Indonesia Prabowo Subianto berkata inisiatif itu dibincangkan semasa rundingan dua hala dengan Presiden Mesir, Abdel Fatah LCC di Jakarta
00:23pada Ahad.
00:23Katanya kedua-dua pemimpin juga bersetuju untuk memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang, terutama perdagangan dan pelaburan.
00:31Susulan itu mereka menggalakkan penubuhan EPA antara Indonesia dan Mesir. LCC tiba di Jakarta pada Sabtu untuk lawatan negara selama
00:39dua hari ke Indonesia.
00:41Beliau mengadakan rundingan dua hala dengan Prabowo di Istana Merdeka pada Ahad, diikuti dengan kenyataan bersama.
00:46Prabowo turut menyambut baik inisiatif institusi pelaburan kedua-dua negara untuk menubuhkan dana pelaburan bersama bagi menggalakkan pelaburan dalam projek
00:55strategik.
00:57Prabowo berkata, lawatan negara LCC itu turut menghasilkan beberapa perjanjian dua hala yang meliputi hal ehwal maritim dan perikanan, statistik,
01:06pelaburan, kerjasama industri pertahanan, perdagangan dan kerjasama ekonomi serta pelan tindakan untuk meningkatkan kerjasama strategik kedua-dua negara.
01:16Menteri Luar Negeri Republik Indonesia

Recommended