Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Sekurang-kurangnya 139 migran, termasuk 15 kanak-kanak, maut manakala kira-kira 84 lagi masih hilang selepas bot yang membawa lebih 300 orang terbalik ketika dalam perjalanan dari Djibouti ke Yaman.
Transcript
00:00Sekurang-kurangnya 139 migran termasuk 15 kanak-kanak maut menekali kira-kira 84 lagi masih hilang selepas bot yang membawa
00:08lebih 300 orang terbalik ketika dalam perjalanan dari Djibouti ke Yaman.
00:13Pertubuhan antarbangsa bagi migrasi IOM memaklumkan kejadian itu berlaku berhampiran Guhera di utara bandar pelabuhan Obok pada malam 8 hingga
00:229 Oktober lalu.
00:25Menurut agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB itu wanita, lelaki dan kanak-kanak berada di dalam bot berkenaan ketika ia
00:31terbalik di kawasan antara BKR dan Godoria.
00:35Penyelaras respons IOM di Djibouti, Safiya Ibrahim berkata operasi mencari dan milamat masih diteruskan bersama pihak berkuasa tempatan.
00:43Beliau berkata angka korban berkemungkinan meningkat memandangkan usaha mengesan mangsa yang terselamat masih dijalankan.
00:49Mangsa yang berjaya diselamatkan setakat ini telah menerima bantuan daripada IOM.
00:53Migron berkenaan dipercayai dalam perjalanan ke Yaman dengan harapan meneruskan perjalanan ke negara-negara teluk yang lebih kaya.
01:00Perjalanan berbahaya itu berlaku ketika rakyat Yaman sendiri berdepan konflik yang semakin memuncak antara pasukan kerajaan yang disokong Arab Saudi
01:07dengan kumpulan huti yang disokong Iran.
01:09Konflik itu menyaksikan peningkatan pertempuran yang paling serius sejak genjata-senjata yang ditaja PBB pada 2022 sekaligus menambah risiko keselamatan
01:18di negara berkenaan.
01:23Terima kasih telah menonton!

Recommended