00:00Suhu purata global pada September 2026 mencecah 16.27 darjah Celsius, menjadikannya bulan September kedua terpanas pernah direkodkan.
00:11Menurut Perkhidmatan Perubahan Iklim Kepernikas Kesatuan Eropah EU, bulan lalu juga merupakan bulan kedua berturut-turut tahun ini yang mencatatkan
00:20suhu global melebihi 1.5 darjah Celsius berbanding paras pra-industri.
00:30September tahun ini menyamai rekod bulan September terpanas di Eropah Barat, manakala keseluruhan Eropah mencatatkan September ketiga terpanas.
00:38Keadaan kering yang berpanjangan menyebabkan aliran sungai pada September mencatatkan paras terendah dalam rekod di beberapa bahagian sungai di Eropah.
00:46Menurut Kepernikas, paras air sungai yang rendah turut mengganggu aktiviti pelayaran, bekalan air dan pertanian di beberapa negara.
00:54Sementara itu, keluasan ais laut di sekitar Antartika pada tahap maksimum musim sejuk tahun ini pula merupakan yang ketiga terendah
01:02dalam rekod.
01:03Pengarah Kepernikas, Carlo Buantempo berkata, beberapa kawasan di Eropah sekali lagi mengalami suhu luar biasa tinggi selepas musim panas yang
01:12ekstrim.
01:12Katanya, dunia kini memasuki satu lagi tempoh, beberapa bulan dengan suhu melebihi 1.5 darjah Celsius.
01:20Dengan fenomena El Niño yang terus meningkat, keadaan ini berkemungkinan berlanjutan hingga 2027.
01:27Ujannya hanya soal masa sebelum pemanasan global melepasi ambang 1.5 darjah Celsius yang dikariskan dalam Perjanjian Paris.
01:37Bagaimanapun, beliau berkata sejauh mana suhu akan melebihi had itu dan berapa lama keadaan berkenaan berterusan masih bergantung kepada tindakan
01:46manusia.