00:00Cadangan pindaan perlembagaan berkaitan pengehaddan tempoh jawatan Perdana Menteri serta pengasingan peranan peguam negara dan pendawaraya menjadi antara perkara utama
00:10dibincangkan dalam mesyuarat majlis Raja-Raja ke-273.
00:15Mesyuarat dua hari itu dipengerusikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah manakala Yangdi Pertuan Agung Sultan Ibrahim berangkat hadir pada hari
00:23kedua dengan diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
00:30Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Moho Besar Raja-Raja pada Khamis, majlis memperhalusi kertas untuk merunding majlis Raja-Raja mengenai rang
00:36undang-undang atau RUU Perlembagaan Pindaan 2026 mengenai penghaddan tempoh jawatan Perdana Menteri.
00:42Selain itu, majlis Raja-Raja juga disembah maklum mengenai kertas untuk memaklumkan majlis Raja-Raja RUU Perlembagaan Pindaan No. 2
00:49-2026 berkaitan pengasingan peranan peguam negara dan pendakwaraya serta cadangan pindaan Seksyen 97 Akta Kanak-Kanak 2001.
00:57Majlis turut disembahkan taklimat terkini mengenai keselamatan negara oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Ismail, manakala Panglima Angkatan Tentera
01:05Gen. Tan Sri Malik Razak Sulaiman menyembahkan taklimat pertahanan dan Menteri Ekonomi Akmal Naseh menyembahkan taklimat ekonomi.
01:12Agena lain yang dibincang termasuk pelantikan Hakim Mahkamah Khas dan penyandang kursi institusi Raja-Raja Melayu di Universiti Teknologi Mara,
01:20cadangan tarikh mesyuarat bagi tahun 2027,
01:22serta perkara berkaitan pentadbiran agama Islam di bawah majlis kebangsaan bagi hal ihwal agama Islam Malaysia, seperti peluasan skop pengauditan
01:29kumpulan wang zakat.
01:30Mesyuarat itu juga dihadiri semua Sultan, Raja dan yang di-Pertua Negeri, termasuk pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Ibni
01:38Al-Watikubillah Sultan Mizan Zainal Abidin,
01:41Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakri Petra, mewakili Sultan Kelantan,
01:46dan Tunku Temenggung Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Hajj Ibni Sultan Ibrahim, mewakili pemangku Sultan Johor.
01:51Terima kasih kerana menonton!