00:00Depo imigresen negara berdepan tekanan kapasiti susulan operasi penguatkuasaan terhadap pendatang tanpa izin yang dilaksanakan setiap hari.
00:08Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasir Tuan Ismail berkata, kapasiti keseluruhan depo imigresen adalah kira-kira 20,000 orang.
00:16Namun, kemasukan individu yang ditahan menerusi operasi berterusan menyebabkan kemudahan itu berdepan kesesakan.
00:29Hasil daripada serbuan yang berterusan, akhirnya imigresen ini dia boleh develop, mapping.
00:35Dia boleh buat mapping seluruh negara, kawasan mana hotspot di mana ramai warga asing tinggal ataupun menginap, ataupun berkumpul dan
00:46sebagainya.
00:47Jadi, angka itu adalah angka yang sahih, yang dikenalpasti oleh Jabatan Imigresen melalui data collection dan kemudian dia mapping.
00:58Jadi, di Imigresen kita tahu.
01:00Tambah Saifuddin, individu ditahan terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai dokumen perjalanan, menggunakan PAS tamat tempoh, menyalahgunakan PAS yang dikeluarkan
01:10atau individu berstatus pelarian.
01:13Jelasnya lagi, tindakan terhadap setiap kategori perlu mengambil kira status dan kedudukan undang-undang masing-masing dengan operasi turut melibatkan
01:21agensi penguatkuasaan lain serta pihak berkuasa tempatan.