- 2 days ago
Pensyarah Perniagaan Tani dan Ekonomi Biosumber, UPM, Prof. Dr. Norsida Man mengupas cabaran meningkatkan pengeluaran tempatan, mengurangkan kebergantungan import dan membina sistem makanan negara yang lebih berdaya tahan.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Belanjawan 2027 memperuntukkan hampir RM7 bilion kepada sektor agromakanan dengan tumpuan kepada subsidi pesawah, peningkatan pengeluaran makanan tempatan, pembiayaan teknologi
00:11pertanian serta usaha mengurangkan kebergantungan negara terhadap import makanan.
00:15Dalam keadaan kos sehari hidup terus menjadi perhatian rakyat, keterjaminan makanan bukan lagi sekadar soal memastikan bekalan mencukupi. Ia turut
00:24melibatkan kemampuan pengguna membeli makanan pada harga yang berpatutan, keupayaan pengeluar meningkatkan hasil secara mampan serta ketahanan sistem makanan negara
00:33berdepan pelbagai cabaran global.
00:35Justeru, sejauh mana langkah yang diumumkan dalam Belanjawan 2027 mampu membina sistem keterjaminan makanan yang lebih mampan dan berdaya tahan
00:43untuk jangka panjang?
00:44Bagi membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut bersama kita pada hari ini ialah Prof. Dr. Norisi Daman, Pensyarah Perniagaan Tani
00:51dan Ekonomi Biosumber Universiti Putera Malaysia.
00:54Saya nak ucapkan terima kasih Dr. kerana sedih meluangkan masa bersama kami. Sekali lagi kita ingin membincangkan bagaimanakah nasib dan
01:00masa depan keterjaminan makanan negara Malaysia dan peruntukan naik.
01:04Sudah tentu melihat kepada perkara ini bagaimana Prof. menilai belanjawan melalui harga makanan yang mereka bayar setiap hari.
01:11Melihat kepada peruntukan KPKM meningkat kepada RM6.92 bilion. Tetapi apakah perubahan paling penting supaya uang ini benar-benar dapat
01:19menstabilkan harga makanan di peringkat pengguna terutamanya?
01:24Ya, terima kasih Nina. Peruntukan bajet naik, adakah belanja dapur rakyat menjadi lebih okey?
01:30So, pada pandangan saya perkara paling penting adalah nak memastikan peruntukan yang disediakan itu dapat diterjemahkan kepada peningkatan bekalan makanan,
01:42pengorakan kos bekalan.
01:44Bukannya hanya diukur berdasarkan jumlah uang yang dibelanjakan.
01:47So, kita kena faham bahawa harga makanan sebenarnya dipengaruhi oleh beberapa faktor lah termasuk kos input pertanian, pengeluaran tempatan, pengangkutan,
01:57pengedaran, kebergantungan kepada import dan juga struktur pasaran.
02:02Jadi, kenaikan peruntukan sahaja tak semestinya menjamin harga makanan itu akan turun.
02:09So, kita kena lihat bahawa keutamaan kita kena bagi ya.
02:14Satu, kita kena tingkatkan produktiviti pengeluaran tempatan.
02:17Apabila pengeluaran tempatan orang kata meningkat secara konsisten, bekalan menjadi lebih stabil dan juga tekanan kenaikan harga pun dapat dikurangkan
02:26lah.
02:26Selain daripada itu, apa yang penting adalah kita kena kurangkan kehilangan selepas tuai.
02:32Kita kena ada penyimpanan, kemudahan penyimpanan, kemudian rantaian sejuk ataupun pengangkutan dan pusat pengumpulan yang lebih cekap.
02:41Selain daripada itu, kita kena kukuhkan lah pemantauan harga dan bekalan daripada peringkat ladang sampai lah kepada peruncit supaya kerajaan
02:50lebih dapat mengenalpasti punca kenaikan harga dengan lebih tepat.
02:56Sebenarnya, kejayaan peruntukan orang kata 6.92 bilion ini perlu dinilai berdasarkan perubahan yang dirasai rakyat lah.
03:05Bekalan makanan kita menjadi konsisten, harga lebih stabil dan makanan berkhasiat lebih mudah diperolehi oleh pengguna daripada harga berpatutan.
03:14Tapi kita kena bezakan jugalah Nina antara kestabilan harga dan juga penurunan harga.
03:20Kalau dalam keadaan kos, orang kata pengeluaran yang meningkat, harga yang stabil dan munasabah ini mungkin merupakan hasil dasar yang
03:30lebih realistik daripada kita janji.
03:32Kata semua harga makanan akan turun.
03:36Jadi itu yang terbaik lah.
03:38Baik dan tambahan kecil, setelah itu kita melihat keutamaan yang besar melihat kepada kenaikan peruntukan hanya 0.73% sedangkan
03:48sektor pertanian berdepan tekanan kos dan keperluan meningkatkan pengeluaran.
03:52Adakah tambahan ini memadai atau cabaran sebenar terletak pada cara dana tersebut dibelanjakan dan diuruskan doktor?
04:00Sebenarnya kita nampak kecil ya 0.73% kan peratus sebenarnya yang meningkat daripada berapa bilion kepada berapa bilion.
04:11Daripada jumlah keseluruhan itu sebenarnya bajet ataupun peruntukan ini dibagi pula kepada pembelanjaan mengurus dan juga untuk pembangunan.
04:18Kalau kita tengok daripada perspektif ekonomi pertanian lah, kita tak boleh sebenarnya nak menilai kecukupan peruntukan itu berdasarkan kepada pertambahan
04:29sahaja.
04:30Kita perlu lihat sama ada peruntukan itu padan atau tidak ya dengan keperluan sebenar sektor termasuk peningkatan kos input, kesan
04:39perubahan iklim, kekurangan tenaga kerja, keperluan organisasi dan juga kepada pergantungan kepada import lah.
04:46Persoalannya sekarang ini bukan sekadar berapa banyak uang yang diperuntukkan tetapi berapa besar peningkatan pengeluaran dan pendapatan yang dapat kita
04:57hasilkan daripada setiap ringgit yang kita belanjakan ataupun peruntukan tersebut.
05:02Jadi kita kena buatlah pembaharuan contohnya ya. Satu kita kena peruntukan pembangunan. Kita perlu bagi tempuan lah kepada projek orang
05:12kata yang dapat meningkatkan produktiviti dan pengeluaran makanan secara berterusan.
05:18projek-projek yang kita buat itu perlu dinilaikan berdasarkan hasil ekonomi dan juga pemantauan prestasi lah secara bekala supaya mungkin
05:28kalau ada kelemahan pelaksanaan itu kita dapat kena pasti dan mengambil tindakan segeralah.
05:35So keutamaan kita sekarang ini nak memastikan perbelanjaan mengurus itu melindungi kelangsungan pengeluaran.
05:44Sementara perbelanjaan untuk pembangunan meningkatkan kapasiti pengeluaran untuk jangka masa panjang sektor pertanian Malaysia.
05:54Baik dan jualan agro madani juga menawarkan harga sehingga 30% lebih murah melihat kepada perkara ini. Namun rakyat membeli
06:01makanan setiap hari.
06:02Apakah pembaharuan yang perlu dilaksanakan supaya harga berpatutan dapat dinikmati secara konsisten dan bukan hanya semasa program jualan khas ini
06:11doktor?
06:12Betul. Sebenarnya jualan agro madani ini dia merupakan satu mekanisme lah yang boleh bantu pengguna mendapatkan makanan dengan harga yang
06:23rendah.
06:23Juga buka peluang lah kepada petani, pentenak ataupun nelayan memasakkan hasil secara langsung.
06:31Bagaimanapun kita kena bezakan antara bantuan harga secara berkala dengan pembarang struktur yang dapat mengurangkan kos makanan setiap hari.
06:42Program khas ini dia bantu keluarga lah, bantu pengguna mengeluarkan perbelanjaan pada waktu tertentu.
06:49Tapi tak semestinya dia mengubah kos pengeluaran dan juga pengedaran yang menentukan harga di pasaran biasa.
06:58Jadi kalau kita nak buat juga tiga pembaharuan kena adalah satu kita nak kena perkukuhkan sistem pemasaran secara terus ya.
07:09Kemudian membangunkan pusat pengumpulan, penyimpanan, pengedaran yang lebih cekap.
07:15Kita juga perlu perkukuhkan maklumat pasaran dan ketelusan.
07:19Jadi matlamat akhir sebenarnya ya bukan sekadar menjual makanan orang kata murah 30% masa program itu berlangsung.
07:27Tapi kita nak kena bina rantaian bekalan yang orang kata bolehkan harga lebih perpatutan benda ditawarkan secara konsisten tanpa subsidi
07:37jualan yang berterusan.
07:38Itu yang lebih baik.
07:40Dan kita tahu jualan juga dapat mengurangkan lapisan orang tengah.
07:47Ini adalah apa yang bila cakap ni jualan terus.
07:49Tetapi kos pengangkutan, penyimpanan dan pemasaran masih perlu ditanggung.
07:52Bagaimana untuk kita pastikan pengguna menikmati harga lebih rendah tanpa menjejaskan pendapatan petani itu, Doktor?
07:59Ya, ini isu penting ya.
08:02Kerana kita perlu imbang dua matlamat.
08:05Satu, kita nak pastikan pengguna mampu beli makanan dan juga kelansungan pendapatan pengeluar ataupun pengusaha petanian itulah.
08:15Kita tak sepatutnya anggap orang kata semua orang tengah itu sebagai punca kenaikan harga.
08:23Sebenarnya pemburung, pengangkut dan juga pengedan ini dia sediakan perkhidmatan yang diperlukan.
08:30Tapi masalah timbul bila rantaian pemasaran itu tak cekap.
08:36Persaingan agak terhad dan juga pengeluar mempunyai kuasa tawar-menawar yang rendah lah.
08:43Oleh itu, dasar makanan yang baik itu bukan dasar yang memaksa orang kata petani menjual murah.
08:51Tapi dasar yang bolehkan petani itu memperolehi pendapatan berpatutan dan juga pengguna membeli makanan pada harga yang menasabah lah.
09:03Doktor, melihat juga mengenai subsidi juga dan insentif antara yang diberikan kepada petani sebanyak RM262 diperuntukkan kepada pesawah.
09:14Apa antara indikator paling sesuai untuk menilai keberkesanannya sama ada hasil sehektar, pendapatan bersih pesawat atau tahap pengeluaran beras tempatan
09:22dan apa antara sasaran yang wajar diumumkan kepada rakyat?
09:26Kita dah bagi subsidi jadi kita nak kena ukur lah hasil daripada itu ya.
09:31So sebenarnya kita tak boleh nak gunakan satu ukuran saja kerana subsidi ni dia ada beberapa matlamat lah termasuk mengurangkan
09:40beban kos pengeluaran, menjaga pendapatan pesawah dan kukuhkan bekalan beras tempatan.
09:46Jadi kalau kita nak buat penilaian kita mesti ada, mesti berdasarkan penunjuk-penunjuk utama dia satu produktiviti sehektar.
09:57Kita perlu ukur sama ada hasil padi meningkat atau tidak. Bukan sekadar kita lihat jumlah pengeluaran keseluruhan.
10:04Pendapatan bersih pesawat juga yang penting kerana sebenarnya kerana peningkatan hasil tak semestinya meningkatkan keuntungan.
10:10Kalau kos baja, racun, upah, bahan api itu semua naik. Pengeluaran beras tempatan dan juga sembangan dia kepada bekalan sebenarnya
10:20kita perlu lihat sama ada bantuan yang kita, bantuan tersebut boleh tingkatkan jumlah padi yang dihasilkan.
10:27Beras itu dapat diproses dan bekalan yang benar-benar sampai kepada pengguna lah.
10:31Jadi subsidi ni kita kena dianggap berkesan kalau pesawah dia boleh dapat pendapatan bersih yang lebih baik, produktiviti dia meningkat
10:43dan juga bekalan beras negara menjadi lebih kukuh.
10:46Tapi kalau wujudkan pembaziran dan kebanggaan berpanjang kepada bantuan itu tak berapa ni lah.
10:55Baik Prof, kita kurang baki satu minit sahaja. Mungkin sebelum kita mengakhiri, saya ingin menyentuh perkara ini di mana kerajaan
11:02menyediakan pembiayaan satu bila ringgit termasuk bagi penggunaan teknologi, pertanian dan ini apabila cakap mengenai teknologi, ramai yang berkata boleh
11:10tingkatkan pendapatan, kurangkan kos operasi, dapat tingkatkan produktiviti.
11:14Namun bagaimana untuk kita pastikan petani kecil terutamanya dapat memanfaatkan kebudayaan ini untuk tingkatkan produktiviti, keuntungan tanpa berdepan risiko hutang
11:24yang membebankan ataupun mana-mana kos tambahan?
11:27Betul, bajet ni kita membuat pembiayaan lah satu bilion kita melalui bank-bank tapi kita kena tengok juga pembiayaan perlu
11:38disesuaikan dengan kemampuan dan profil risiko petani kecil.
11:43Tani kecil ni sebenarnya dia berhadapan dengan pelbagai ataupun beberapa ketidakpastian lah termasuk cuaca lah, serangan perosak, turun naik harga,
11:53kos input. Jadi pinjaman digunakan untuk memberi teknologi tidak sesuai dan tidak meningkatkan hasil dan kurang kos.
12:01Haa petani ni mungkin menghadapi kesugaran membayar balik simpanan apa, pinjaman tersebut lah. Haa jadi teknologi itu mesti meningkatkan keuntungan
12:12petani.
12:12Bukan sekadar dikatakan meningkatkan jumlah pinjaman dan bilangan missing yang dibeli. Haa oleh itu kejayaan pembiayaan itu perlu diukur lah
12:19berdasarkan peningkatan produktiviti, kurangkan kos unit.
12:22Peningkatan pendapatan besi dan juga keupayaan petani membayar balik pembiayaan secara mampan.
12:32Baik, terima kasih kepada Prof. Dr. Norsi Daman atas kongsian dan pandangan yang sangat bernas mengenai usaha membina sistem keterjaminan
12:40makanan yang lebih mampan melalui Belanjawan 2027.
12:43Dan sudah tentu Belanjawan 2027 akan terus menjadi perhatian utama di Niaga Awani di mana kami akan membawakan perbincangan bersama
12:50pakar untuk memahaminya dan melihatnya dari pelbagai sudut dan latar belakang.
12:55dan teruskan bersama kami untuk dapatkan perkembangan dari semasa ke semasa untuk perkembangan antarabangsa juga.
13:00Dan sekian saja perkongsian Niaga Awani pada kali ini.
13:03Saya Nina Razman, salam hormat. Kita jumpa lagi.