00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata keputusan menangguhkan pelaksanaan sekatan dan tarif berkaitan ekspor Rusia
00:06bertujuan memastikan Moskow kekal di meja rundingan bagi menamatkan perang dengan Ukraine.
00:11Dalam satu antaran di platform True Social, Trump berkata beliau tidak mahu sebarang tindakan yang boleh menyebabkan Rusia menarik diri
00:18daripada rundingan damai yang sedang diusahakan.
00:21Menurutnya kemajuan sedang dicapai dalam rundingan berkenaan termasuk rundingan berkaitan pembebasan tebusan.
00:27Trump turut mendakwa Rusia setakat ini tidak banyak membantu Iran, justru beliau mahu mengekalkan keadaan itu tanpa mengambil tindakan yang
00:34boleh mengubah pendirian Moskow.
00:36Dalam antaran sama, Trump mengkritik Presiden Ukraine Vladimir Zelensky berhubung serangan terhadap kilang penapisan diesel di Rusia yang menurutnya menjejaskan
00:44pasaran diesel global termasuk di Amerika Syarikat.
00:47Beliau mendakwa serangan berkenaan memberi kesan kepada petani, penternak dan pelbagai sektor perniagaan.
00:57Terima kasih telah menonton!