Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Kerajaan menilai semula pelan tindakan sedia ada bagi menangani impak jerebu, termasuk garis panduan penutupan sekolah dan kesinambungan pembelajaran murid ketika situasi kualiti udara merosot.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan sedang meneliti cadangan penambahbaikan pelan tindakan jerebu kebangsaan, khususnya melibatkan arahan penutupan sekolah, susulan situasi jerebu yang masih membimbangkan.
00:11Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu turut merangkumi persediaan awal Kementerian Pendidikan KPM bagi memastikan proses pembelajaran
00:20dapat diteruskan jika sekolah terpaksa ditutup selama beberapa hari.
00:27Beliau menegaskan kesihatan kanak-kanak mesti menjadi keutamaan namun pada masa sama langkah teratur perlu diambil bagi memastikan pembelajaran mereka
00:36tidak terjejas.
00:38Sehubungan itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara NADMA, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Meteorologi Malaysia akan memperhalusi cadangan berkenaan bersama KPM
00:47serta Kementerian Kesihatan KKM.
00:49Dalam badai itu, Anwar turut memberi jaminan keperluan peruntukan bagi operasi pembelihan awan akan dipenuhi sebagai usaha mengurangkan jerebu.
00:58Menurutnya operasi berkenaan sedang dilaksanakan hampir setiap hari bergantung kepada keadaan awan yang sesuai.
01:05Anwar berkata demikian menerusi hantaran di Facebook selepas mempengurusikan mesyuarat Majlis Pengurusan Bencana Negara pada Isnin.
01:12Pada masa sama, mesyuarat itu turut membincangkan persiapan menghadapi monsoon timur laut yang dijangka membawa hujan lebat dan risiko banjir.
01:21Selain ancaman Super El Nino yang diramal menyebabkan cuaca panas dan kering melampau tahun depan.
01:28Terima kasih telah menonton!

Recommended