00:00Kerajaan Negeri Johor memberi tumpuan serta keutamaan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan penting, terutama calon sijil pelajaran Malaysia SPM
00:09walaupun terpaksa melanjutkan penutupan sekolah akibat keadaan jerebu berpanjangan.
00:14Pengurusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Dr. Muhammad Nakib Mat Ghazali berkata, seramai 44,000 calon SPM di seluruh negeri
00:23dalam persediaan awal menjelang ujian lisan yang dijadwalkan bermula minggu hadapan.
00:30Beliau berkata simulasi menghadapi SPM sudah dijalankan pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Johor JPNJ dan Pejabat Pendidikan Daerah PPD sepanjang
00:39minggu lalu dengan pelaksanaan prosedur operasi standar SOP yang ditetapkan.
00:43Katanya proses dilakukan bagi memastikan setiap sekolah bersedia, menguruskan pergerakan pelajar secara berdisiplin serta mengelakkan pendedahan berpanjangan kepada udara tercema.
00:54Ujar beliau bagi mengurangkan risiko jangkitan dan pendedahan jerebu, JPNJ turut disarankan mengenalpasti serta memanfaatkan ruang berhawa dingin atau tertutup
01:04seperti bilik guru dan dewan khas sebagai lokasi peperiksaan.
01:07Beliau turut mengingatkan semua calon SPM terus pulang ke rumah sejurus tamat sesi peperiksaan dan tidak melakukan aktiviti luar yang
01:15boleh menjejaskan kesihatan.
01:18Selain calon SPM, kelonggaran kehadiran ke sekolah secara terhad ini turut dibenarkan bagi murid yang menduduki pentaksiran serta sebahagian daripada
01:26160,000 pelajar sekolah agama di Johor.
01:29Kerajaan negeri bersetuju melanjutkan tempoh tutup sehingga 23 Oktober ini mengikut garis panduan keselamatan dan atas titah nasihat pemangku Sultan
01:38Johor, Tunku Mahkota Ismail.
01:40Katanya keputusan itu dibuat berdasarkan faktor kesihatan kritikal apabila data menunjukkan kira-kira 40% pelajar di kawasan terjejas mula
01:49mengalami simptom penyakit berkaitan jerebu seperti asma, konjungtivitis dan jangkitan saluran pernafasan.