00:00Sebanyak RM37.53 bilion dana dirampas oleh Bank Negara Malaysia BNM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM melibatkan siasatan kes
00:10jenayah mafia korporat.
00:12Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kejayaan itu mencerminkan komitmen dan ketegasan pihak berkuasa dalam membanteras jenayah kewangan selain
00:20memastikan tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara berkesan.
00:27Bagaimanapun Anwar menyerahkan kepada pihak penyiasat untuk memperincikan maklumat lanjut berhubung perkara itu, termasuk pihak yang terlibat dalam kes berkenaan.
00:36Bagi kes yang telah pun didakwa, yang selainnya itu dalam kes-kes yang terlibat dalam penyiasatan, tentunya terpaksa diserah sehingga
00:47dapat maklumat berikutnya.
00:51Tapi saya nak ambil kesempatan ini, ucapkan terima kasih kepada penyiasatan dan pendakwaan dari semua kalangan PDRM iaitu AMLA dan
01:03lain yang terus mengambil tindakan dan tidak hanya respon atas isu yang dibangkitkan dalam media atau media sosial.
01:13Saya mempunyai kejayaan AMLA sahaja. Tadi yang saya sebut itu, Bank Negara dengan SPRM.
01:23AMLA sejak 2022 akhir sehingga 2026 September telah berjaya membekukan jumlah RM4.3 bilion.
01:40Menyita RM1 bilion. Lucut hak RM48.3 juta. Dan kompaun RM1.1 bilion. Kerja ini tentunya memerlukan satu komitmen yang
01:57jelas dan ketegasan diberi syarikat.
02:00Soalnya apakah semuanya diumumkan itu saya serah kepada pihak penguatkuasaan.
02:07Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Aminuddin Harun, PH Port Dickson yang meminta menyatakan perkembangan terkini mengenai dawaan kegiatan mafia korporat
02:15yang melibatkan pelanggaran hukum dan tindakan yang telah diambil selama ini.
02:20Perdana Menteri turut maklumkan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia SC telah memulakan 239 pertuduhan jenayah terhadap 50 akaun atau individu sejak tahun
02:302023.
02:30Jumlah tindakan penguatkuasaan itu hampir tiga kali ganda berbanding tahun sebelumnya mencerminkan peningkatan usaha menangani salah laku dan pelanggaran undang
02:39-undang dalam sektor korporat.
02:41Anwar berkata SC turut meneruskan siasatan terhadap beberapa kes yang sebelum ini menyaksikan pertuduhan ditarik balik termasuk kes serba dinamik
02:49dan kes berkaitan Sarawak Consolidated Industries Berhad.
02:53Terima kasih kerana menonton!