00:01Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata Ukraine perlukan wakil baru untuk mengetuai rundingan damai dengan Rusia.
00:09Kenyataan Trump itu sekaligus mengkritik Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky kerana gagal memanfaatkan peluang yang ada untuk menamatkan perang lebih awal.
00:42Dalam perkembangan sama, Trump mendakwa Rusia ketika ini tidak banyak melakukan tindakan ketenteraan yang ketara.
00:48Beliau turut mengesahkan bahawa Amerika Syarikat masih meneruskan perkongsian maklumat risikan dengan Ukraine.
00:54Selain itu, Trump berkata pendabirannya akan mempertimbangkan untuk membenarkan rakyat Ukraine kekal berada di Amerika Syarikat menerusi status pelindungan sementara
01:03sehingga perang berakhir.