00:03Bersua kembali, Iran memberi amaran akan bertindak dengan lebih keras sekiranya berdepan sebarang serangan baru terhadap negara itu.
00:12Jurucakap Kor Pengawal Revolusi Islam Iran atau IRGC Hossein Mohebi berkata,
00:17Teheran tidak menolak kemungkinan berlakunya perang namun menegaskan sebarang tindakan ketenteraan akan membawa kesan besar kepada pihak lawan.
00:26Menurut beliau, Amerika Syarikat akan berdepan masalah yang amat serius sekiranya tindakan ketenteraan diteruskan.
00:33Malah katanya, walaupun tindakan yang diambil bersifat terhad, ia berpotensi mencetuskan krisis tenaga global yang serius.
00:40Hossein turut memberi amaran bahawa keselamatan rantau itu tidak akan dapat dikekalkan sekiranya Iran tidak berada dalam keadaan selamat.
00:47Kenyataan tersebut dibuat ketika rundingan antara Iran dan Amerika Syarikat mengenai program nuklear Iran masih belum mencapai kemajuan yang memuaskan.
00:56Pada Februari lalu, Israel dan Amerika Syarikat melancarkan serangan bersama ke atas Teheran serta beberapa bandar lain di Iran.
01:03Iran kemudian bertindak balas dengan melancarkan serangan peluru berpandu dan drone ke atas Israel serta aset dan pakalan tentera Amerika
01:11Syarikat dirantau itu.
01:12Kedua-dua pihak kemudian mencapai genjatan senjata pada 8 April sebelum menanda tangani Memorandum Persefahaman pada Jun bagi menamatkan konflik
01:21di rantau itu.
01:22Namun, rundingan susulan berkaitan program nuklear Iran dan penghapusan sekatan setakat ini masih gagal mencapai kemajuan yang mencukupi untuk menghasilkan
01:31perjanjian jangka panjang.