Skip to playerSkip to main content
Greenpeace Indonesia membentangkan kain rentang gergasi di Jakarta, mendesak kerajaan menangani jerebu, krisis iklim dan peningkatan kos sara hidup. #KamiMangsaJerebu

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kalau bencana makin parah, hidup makin susah. Apa kerja pemerintah? Ini merupakan antara slogan daripada dua kain rentang gergasi yang
00:08dibentangkan aktivis Greenpeace Indonesia di Monumen Selamat Datang Jakarta Pusat pada Selasa sebagai tanda protes terhadap krisis kebakaran hutan yang
00:17semakin meruncing.
00:19Aksi sempena genap dua tahun pentadbiran Presiden Prabowo Subianto itu turut membangkitkan isu kebakaran hutan, jerebu perpanjangan dan peningkatan kos
00:27sehari hidup rakyat.
00:30Dua kain rentang kuning dengan mesej mendesak kerajaan menangani krisis iklim dan menurunkan kos sehari hidup dibentangkan di Monumen Ikonik.
00:40Greenpeace Indonesia menyatakan kebakaran hutan yang mencetuskan jerebu perpanjangan, banjir dan cuaca ekstrim semakin mengancam kesihatan serta sumber pendapatan rakyat.
00:51Menurut juru kempen keadilan iklimnya, JNI Sirid, jerebu perpanjangan menjadi contoh bagaimana krisis ekologi turut menjejaskan aktiviti ekonomi harian masyarakat.
01:02Malah kajian terbaru Greenpeace mendapati 41% responden melaporkan kesan krisis iklim terhadap corak penggunaan dan kos makanan,
01:11manakala 39% terkesan dari segi produktiviti serta pendapatan.
01:18Namun kain rentang tersebut diturunkan beberapa jam kemudian dengan pihak polis dan bomba turut berada di lokasi bagi membantu aktivis
01:26turun dari Monumen.
01:27Sementara itu, Gubernur Jakarta Pramono Anung menegaskan hak bersuara perlu dihormati namun tidak seharusnya mengganggu ketenteraan awam.
01:38Greenpeace turut mendesak kerajaan melaksanakan dasar iklim yang lebih berkesan bagi melindungi kesejahteraan rakyat daripada ancaman bencana dan peningkatan kos
01:47sara hidup.

Recommended