Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
SD Guthrie menyangkal dakwaan mencetuskan kebakaran hutan di Indonesia dan menegaskan tiada kebakaran aktif di ladang miliknya.

Category

🗞
News
Transcript
00:00SD Guthrie Berhad menyangkal sekeras-kerasnya dawaan yang mengaitkan anak syarikat mahupun pekerjanya dengan insiden kebakaran hutan di Indonesia.
00:09Kumpulan peladangan itu menegaskan hasil penilaian terperinci di peringkat lapangan mengesahkan tiada sebarang kebakaran aktif dikesan berlaku di mana-mana
00:18ladang miripnya di negara jiran itu.
00:22SD Guthrie telah menjelaskan beberapa syarikat yang dinamakan dalam laporan awam kononnya mempunyai kaitan dengan kumpulan itu sebenarnya tidak dimiliki,
00:31diurus atau dikawal oleh pihaknya.
00:33Menerusi anak syarikatnya Minamas Plantation, sebanyak 67 pasukan pemadam kebakaran membabitkan lebih seribu anggota terlatih sentiasa digerakkan.
00:42Bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, pasukan berkenaan telah memadamkan lebih 2,400 kes kebakaran dengan majoritinya berlaku di
00:51tanah komuniti sekitar.
00:53Syarikat turut membelanjakan sekitar RM800,000 sebulan bagi operasi pemantauan menggunakan drone dan teknologi inframerah bagi menyokong pemeliharaan alam sekitar.
01:03Isu jerebu rentas sempadan lazimnya berpunca daripada amalan terbas dan bakar di tanah gambar Indonesia yang sukar dipadamkan, sehingga mencetuskan
01:13krisis kualiti udara buruk di Malaysia dan Singapura hampir setiap musim kemarau.
01:18Pihak berkuasa Republik itu sebelum ini kerap menamakan syarikat yang dikaitkan dengan pelabur Malaysia, namun pengeluar tempatan konsisten menegaskan mereka
01:27mematuhi dasar tanpa pembakaran, selain membuktikan titik api kerap berpunca dari luar konsesi ladang.
01:33Selain terikat dengan pematuhan piawaian kelestarian antarabangsa seperti RSPO, tindakan undang-undang rentas sempadan kekal mencabar susulan ketiadaan mekanisme penalti
01:44yang mengikat di peringkat ASEAN.

Recommended