Skip to playerSkip to main content
  • 20 minutes ago
Kos permulaan tinggi dan komitmen jangka panjang semakin membatasi minat generasi muda terhadap pelaburan hartanah, sekali gus menuntut industri menyesuaikan pendekatan agar pemilikan aset kekal relevan pada masa depan, menurut Datuk Ahyat Ishak.
Transcript
00:00Kecenderungan generasi muda terhadap pelaburan yang menawarkan pulangan lebih pantas dibimbangi menyebabkan hartanah semakin kurang mendapat perhatian sebagai aset jangka
00:10panjang.
00:10Pengasas Komuniti Pejuang Hartanah Datuk Ahyad Ishak berkata, kos pemulaan yang tinggi serta komitmen kewangan jangka panjang menjadi antara kekangan
00:19utama golongan muda untuk memasuki pasaran hartanah.
00:24Mungkin mereka mencari benda-benda yang jangka masa pendek yang pantas dan hartanah pastinya bukan dan entry kepada pelaburan hartanah
00:34ini sangat-sangat tinggi dan itu adalah satu kekangan kepada orang-orang muda.
00:38Dan bayangkan bila orang-orang muda dah tidak lagi melihat hartanah ini sebagai satu benda yang mereka mahu miliki dan
00:47tidak melihatnya sebagai satu aset yang akan meningkat nilai, akan membawa manfaat kepada mereka dan mereka melihat ini satu benda
00:55yang sangat-sangat panjang tempohnya dan mereka menjauhkan diri daripada hartanah.
00:59Ahyad justru itu mengesah pemain industri hartanah memperkukuh usaha meningkatkan kesedaran generasi muda mengenai kepentingan pemilikan aset dan perancangan pelaburan.
01:11Pada masa sama, beliau menasihatkan individu yang ingin melabur supaya mendapatkan panduan daripada pihak bertahuliah dan berlesen bagi memahami risiko
01:20setiap instrumen pelaburan.
01:22Beliau menegaskan kegagalan industri menyesuaikan pendekatan dengan perubahan keutamaan generasi muda berpotensi mengubah lenskap pelaburan hartanah negara pada masa hadapan.

Recommended