Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional bersetuju memendekkan tempoh memproses kelulusan pembiayaan kepada empat hari bagi mempercepat akses modal kepada usahawan mikro.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Tekun Nasional bersetuju memendekkan tempoh memproses kelulusan pembiayaan kepada 4 hari
00:08bagi mempercepat akses modal kepada usahawan mikro.
00:11Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dato' Muhammad Al-Amin berkata
00:15usaha mempercepat proses pembiayaan itu sebelum ini menyaksikan tempoh kelulusan dipendekkan secara berperingkat
00:22daripada 10 hari kepada 7 hari.
00:25Kemudian kita minta diturunkan lagi Tansri kepada 7 hari dan kita minta turunkan lagi
00:30dan Tekun setuju pada hari ini mereka akan proses kelulusan dalam masa 4 hari dan akan didisbers pinjaman 1 hari
00:38pada dalam masa 5 hari bekerja Tekun akan meluluskan juga disbers pinjaman yang di pohon itu
00:44itu sebabnya kita melihat ke hadapan cara bagaimana nak membantu usahawan kita untuk mendapatkan dana yang begitu cepat
00:52mereka nak model begitu cepat.
00:53Beliau menjawab soalan tambahan on Abu Bakar PH Batu Pahat mengenai langkah penambahbaikan sistem penyampaian
00:59Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Kuskop khususnya melalui Tekun Nasional
01:04bagi mempermudah dan mempercepat akses pembiayaan kepada usahawan mikro.
01:10Muhammad berkata Tekun Nasional turut menetapkan sasaran keputusan pembiayaan dalam tempoh 24 jam
01:15bagi permohonan bernilai bawah RM20,000.
01:18Selain memperkenalkan sistem pemohonan secara dalam talian sejak 7 Ogos lepas
01:23tanpa memerlukan pemohon hadir ke penjabat agensi itu.
01:27Menjawab soalan asal Datuk Mas Ermiyati Sam Sudin PN Masjid Tanah mengenai peratus usahawan mikro
01:33yang menerima pembiayaan dan bantuan agensi Kuskop dari 2003 hingga 2026.
01:39Muhammad berkata sebanyak 8,008 usahawan mikro berjaya meningkatkan skala perniagaan
01:44kepada kategori perusahaan kecil atau sederhana.

Recommended