Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menggesa individu yang memuat naik atau berkongsi rakaman video kejadian melibatkan senjata berbahaya di sebuah sekolah di Kuching, Sarawak supaya segera memadamkan kandungan berkenaan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC menggesa individu yang membuat naik atau berkongsi rakaman video kejadian melibatkan senjata berbahaya di
00:10sebuah sekolah di Kucing, Sarawak
00:12supaya segera memadamkan kandungan berkenaan.
00:16MCMC dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan penyebaran rakaman yang memaparkan unsur keganasan khususnya melibatkan kanak-kanak
00:25bukan sahaja boleh menjejaskan privasi dan maruah pihak terlibat.
00:30Malah memberikan kesan terhadap kesejahteraan emosi mereka serta keluarga.
00:35Menurut MCMC, tindakan mendedahkan identiti kanak-kanak boleh melanggar Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001, Kurungan Akta 611.
00:46Penyebaran kandungan seremikan juga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Kurungan Akta 588 sekiranya melanggar
00:57peruntukan undang-undang berkenaan.
01:00MCMC memaklumkan pihaknya bekerjasama dengan penyedia platform media sosial bagi membendung penyebaran rakaman itu termasuk mengambil langkah menurunkan kandungan berkaitan.
01:10Sehubungan dengan itu, MCMC mengingatkan orang ramai termasuk pengamal media supaya tidak memuat naik, berkongsi atau menyebarkan semula video insiden
01:20berkenaan
01:21bagi melindungi privasi kanak-kanak dan mengelakkan gangguan terhadap siasatan pihak berkuasa.

Recommended