Skip to playerSkip to main content
Sebanyak 5,681 kes salah laku buli direkodkan dalam pangkalan data Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, peningkatan kes berkenaan perlu dilihat daripada beberapa sudut, termasuk peningkatan kesedaran dan keberanian mangsa serta saksi untuk tampil membuat laporan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802319/berita/nasional/5681-kes-buli-direkodkan-dalam-tempoh-lapan-bulan---fadhlina

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Buli

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jadi kita lihat bahawa isu buli ini yang telah direkodkan dalam pengkalan data KPM bagi tempoh 8 bulan pertama, iaitu
00:10Januari hingga Ogos 2026 adalah sebanyak 5,681 kes salah laku buli.
00:195,681. Jadi ini data yang saya sahkan, jadi yang berhormat boleh rujuk data ini sebagai data yang sah. 5
00:27,681.
00:29Jadi angka yang direkodkan ini semakin meningkat.
00:33Tapi ia memberikan kita bahawa ada beberapa faktor yang harus kita lihat.
00:39Pertama, lonjakan terhadap kesedaran dan keberanian mangsa tampil dan juga rakan saksi.
00:48Dan pentadbiran pengurusan sekolah untuk tampil membuat laporan yang telus dan tidak lagi mengamalkan budaya melindungi secara melampau atau menyembunyikan
00:58kes di bawah kapat semata-mata demi menjaga kedudukan atau nama baik sekolah.
01:04Perubahan dan sikit pelaporan ini juga berlaku secara mendadak semenjak pembuartaan dan penguatkuasaan Akta Anti-Buli 2026.
01:15Dan kita juga melihat bahawa siasatan dan juga laporan lengkap dan tindakan tata tertib dibuat berdasarkan kepada peraturan-peraturan yang
01:28sediada.
01:29Jadi dalam menangani buli dan salah laku disiplin ini yang berhormat, ada beberapa pendekatan yang telahpun saya jawab sebelum ini
01:38dan ingin saya tegaskan sekali lagi.
01:40Permintaan yang tinggi adalah pastilah kepada CCTV.
01:43Pemasangan CCTV ini yang telahpun kita tambah dari semasa ke semasa.
01:47Bermula pada 2025, 3 juta untuk 200 sekolah, 2026, 5 juta untuk 333 sekolah dan 15 juta pada tahun 2017
01:59untuk melengkapkan sekolah-sekolah yang memerlukan pemasangan CCTV.
02:04Yang akan dibuat di kawasan berisiko seperti titik buta, koridor, store dan sekitar blok asrama.
02:11Lokasi pemasangan ditentukan berdasarkan nasihat teknikal pihak Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
02:16bagi memastikan kesimbangan antara aspek selamatan dan pemeliharaan privasi murid.

Recommended