Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Menurut firma penyelidikan MBSB Research, langkah Amerika itu dijangka mewujudkan permintaan berterusan sekitar 150,000 hingga 200,000 tong sehari untuk tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.
Transcript
00:00Sektor minyak dan gas tempatan dijangka menerima manfaat daripada peningkatan permintaan terhadap minyak mentah berikutan langkah Amerika Syarikat mengisi semula
00:08rezab petrolium strategiknya.
00:10Menurut firma penyelidikan MBSB Research, langkah Amerika itu dijangka mewujudkan permintaan berterusan sekitar 150 hingga 200 ribu tong sehari untuk
00:20tempoh 2 hingga 3 tahun akan datang.
00:25Langkah itu diambil oleh pentadbiran Presiden Donald Trump selepas paras rezab petrolium strategik negara itu menyusut ke paras terendahnya dalam
00:34tempoh 44 tahun.
00:36Pembelian semula minyak oleh Amerika dijangka bermula pada 1 November depan dengan syarikat yang sebelum ini meminjam bekalan daripada rezab
00:43tersebut perlu memulangkannya bersama premium sekitar 25%.
00:48MBSB Research menganggarkan kira-kira 165 juta tong minyak termasuk premium perlu dikembalikan kepada rezab itu yang mewujudkan permintaan tambahan
00:58yang mungkin berterusan sehingga hujung 2028 atau pertengahan 2029.
01:04Bagaimanapun katanya pengisian semula rezab itu sahaja tidak pencukupi untuk menentukan pergerakan harga minyak dunia kerana ia turut dipengaruhi oleh
01:13usaha menambah semula rezab komersial serta simpanan negara anggota agensi tenaga antarabangsa IEA.
01:20Pada 11 Mac lalu, IEA menyelaraskan pelepasan 400 juta tong minyak daripada rezab negara anggotanya bagi meredakan kejutan harga minyak
01:30susulan perang Iran.
01:32Kata MBSB Research, antara 27 Februari hingga 16 Oktober 2026, jumlah simpanan minyak mentah Amerika menusut kira-kira 160 juta
01:43tong dengan sekitar 83% daripadanya diambil daripada rezab tersebut.
01:48Ini menyebabkan rezab itu merosot sebanyak 32% kepada 283 juta tong iaitu paras terendahnya sejak 1982 dan hanya sekitar
01:5930 juta tong melebihi paras yang dibenarkan oleh undang-undang.
02:03Dalam hari itu, MBSB Research mengekalkan unjuran harga brand pada $90 hingga $100 setong bagi 2026 dan $80 hingga $90
02:13setong pada 2027.
02:15ia menjangkakan perang Iran akan meredakan pada suku pertama 2027 dengan aliran minyak mentah dan produk petrolium kembali normal menjelang
02:25pertengahan tahun depan.

Recommended