Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Inflasi negara menurun kepada 1.8 peratus pada September 2026, namun kerajaan meneruskan subsidi bersasar dan mekanisme kawalan bahan api bagi mengurangkan kesan kenaikan harga minyak global terhadap rakyat.
Transcript
00:00Kadar inflasi negara menurun kepada 1.8% bulan lalu berbanding 1.9% pada Ogos 2026 sekaligus menunjukkan tekanan
00:09kenaikan harga secara keseluruhannya masih terkawal.
00:13Menurut Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Muhammad Nasir, kerajaan bagaimanapun tidak mengambil mudah situasi berkenaan memandangkan terdapat peningkatan dalam tren harga
00:21bahan api global dan tekanan kos pengeluaran.
00:25Bila berkata ini kerana harga minyak mentah global melonjak kepada 116.80 dolar Amerika setong berbanding 90.90 dolar Amerika
00:36setong pada Ogos lalu.
00:38Manakala indeks harga pengeluar IHPR negara turut meningkat 12% pada September 2016 berbanding 10.7% bulan sebelumnya.
00:48Sebuangan itu katanya kerajaan mengambil pendekatan menyeluruh melalui beberapa langkah utama antaranya pelaksanaan subsidi bersasar bagi melindungi rakyat daripada kesan
00:58langsung kenaikan harga bahan api.
01:01Jelasnya lagi kerajaan meneruskan pelaksanaan budi madani RON95 dengan mengekalkan harga RON95 bersubsidi pada RM1.99 selita suatu budi madani
01:14diesel bagi penerima yang layak.
01:17Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Keningau, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan dalam jawapan petulis yang disiarkan di portal
01:25Parlimen.
01:25Dr. Jeffrey memohon penjelasan mengenai tindakan kerajaan menangani peningkatan inflasi dan kesan buruknya akibat kenaikan harga minyak dan barangan akibat
01:34konflik di Asia Barat.
01:36Akmal Nasrullah berkata kerajaan turut mengekalkan mekanism subsidi dan kawalan bersesuaian termasuk sistem kawalan petrolium bersubsidi SKPS dan sistem kawalan
01:46diesel bersubsidi SKDS bagi sektor yang mempunyai implikasi langsung kepada kos pengangkutan dan harga barangan.
01:53Katanya inisiatif itu bertujuan membantu mengurangkan tekanan kos di tanggung sektor pengangkutan dan logistik selainnya penting bagi mengurangkan risiko kenaikan
02:02harga bahan api dunia diterjemahkan secara mendadak kepada harga barangan dan perkhidmatan dalam negara.
02:08Terima kasih telah menonton!

Recommended