Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
MADANI meneruskan pelaksanaan Dana Inovasi Media 2.0 bernilai RM30 juta dengan penambahan skop baharu berkaitan kecerdasan buatan (AI). Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata permohonan mula dibuka hari ini bagi menyokong transformasi dan daya tahan industri media tempatan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan Madani meneruskan komitmen memperkasa industri media tempatan menerusi pelaksanaan dana inovasi media 2.0 dengan peruntukan sebanyak RM30 juta.
00:11Inisiatif kesinambungan itu mengekalkan empat skop sedia ada selain menambah satu skop baharu yang memberi tumpuan khusus kepada penerapan teknologi
00:20kecerdasan buatan atau AI.
00:25Menteri Komunikasi Dato' Sri Fahmi Fadil berkata, dana berkenaan bertujuan menyokong syarikat media tempatan melaksanakan transformasi operasi, latihan bakat serta
00:36pendigitilan bilik berita agar kekal berdaya tahan dan relevan.
00:40Terdahulu melalui fasa pertama yang diumumkan sempena Hari Wartawan Nasional, sebanyak 72 syarikat media telah menerima manfaat pembiayaan RM30 juta
00:51bagi meneroka kaedah baru penghasilan kandungan.
00:55Hari ini saya dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Kerajaan Madani akan meneruskan inisiatif dana inovasi media melalui pelaksanaan dana inovasi media
01:062.0.
01:10Menteri Sempena Hawana pada Jun tahun ini memperlihat komitmen berterusan Kerajaan Madani untuk memastikan industri media terus diperkasa khusus dalam
01:20aspek inovasi, pendigitalan, pembangunan bakat dan penerapan teknologi baru termasuk kecerdasan buatan atau AI agar industri media dalam negara kita
01:33kekal berdaya tahan dan relevan dengan keperluan semasa.
01:37Fahmi menambah penyediaan geran berkenaan kini membuka peluang lebih luas kepada pemain media arus perdana maupun bebas untuk mengadaptasi alat
01:47automasi terkini dalam operasi harian mereka.
01:50Permohonan bagi dana inovasi media 2.0 mula dibuka pada Jumaat dan syarikat media boleh memuat turun borang serta panduan
01:59kelayakan melalui portal rasmi dana inovasi media.komunikasi.gov.myk.
02:05Langkah itu jelasnya lagi diharap dapat memacu industri kewartawanan negara ke arah ekosistem digital yang lebih mampan dan berdaya saing
02:14di peringkat serantau.
02:15Terima kasih.
02:16Terima kasih.

Recommended