00:00Proses penyaluran bayaran pertubuhan keselamatan sosial Perkeso kepada waris rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi banjir Nepal-Tibet
00:07dijangka dipercepatkan dengan pembayaran dirancang bermula 4 November ini.
00:13Menurut Solidarity Malaysia, keluarga dalam harapan atau masfih Perkeso telah mula menghubungi waris yang dikenalpasti layak menerima bayaran sejak Khamis
00:24bagi melengkapkan proses dokumentasi.
00:30Penyelaras dan jurucakap masfih, Dr. Manivanan Ratinam berkata, perkembangan itu dimaklumkan kepada beberapa keluarga yang telah dihubungi Perkeso melalui pelbagai
00:41saluran termasuk telefon, pihak majikan dan media sosial.
00:46Langkah itu susulan pertemuan antara masfih dan Menteri Sumber Manusia pada Rabu lalu bagi membincangkan bantuan kepada keluarga mangsa tragedi
00:55berkenaan.
00:55Masfih turut membantu mempercepatkan proses tersebut dengan menyelaras semula maklumat perhubungan waris selepas timbul beberapa kekangan komunikasi pada peringkat awal.
01:07Sementara itu, Masfih masih menantikan keputusan kerajaan berhubung bantuan khas kewangan untuk 54 keluarga rakyat Malaysia yang terkesan akibat tragedi
01:17banjir Nepal-Tibet.
01:19Terima kasih telah menonton!