00:00China menggesa negara-negara anggota kumpulan 20 ataupun G20 mengambil tindakan konkret bagi memelihara keselamatan, kestabilan dan pembangunan global.
00:10Timbalan Menteri Luar China, Ma Xiaoxu berkata, situasi global sedang melalui perubahan besar dengan ketinggalan geopolitik semakin beruncing, manakala agenda
00:20pembangunan ketinggalan dengan ketara.
00:26Menurutnya, G20 perlu memikul tanggungjawab sewajarnya dan memainkan peranan dalam memelihara keamanan serta kestabilan dunia.
00:34Ini termasuk membantu meredakan ketegangan di kawasan konflik serantau, menangani punca utama konflik dan memperkukuh takbir urus keselamatan global.
00:43Ma berkata demikian pada mesyuarat Menteri-Menteri Luar G20 yang berlangsung di Atlanta, AS dari Jumaat hingga Sabtu.
00:51Tambahnya, Beijing menyokong usaha G20 memperkukuh kerjasama dalam menjamin keselamatan tenaga dan mencapai pembangunan mampan,
00:59selain meningkatkan kemampuan negara mendapatkan bekalan tenaga pada harga berpatutan, menggalakkan peralihan struktur tenaga, serta menambah baik takbir urus tenaga
01:08global.
01:10Ma turut menggesa negara anggota G20 mengambil tindakan konkret bagi memastikan kestabilan dan kelancaran operasi rantaian industri serta bekalan global.
01:19Dalam mesyuarat itu, beliau turut menjelaskan pendirian China berhubung perkembangan di Asia Barat dan krisis melibatkan Rusia dan Ukraine.
01:27Terima kasih telah menonton!
01:28Terima kasih telah menonton!