00:00Dato' Sri Anwar Ibrahim mengumumkan penyaluran peruntukan sebanyak RM1 juta
00:03kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Kooperasi KUSKOP
00:07untuk diselaraskan bagi membantu persatuan penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara.
00:13Perdana Menteri berkata peruntukan itu perlu disalurkan secara terancang
00:17bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati persatuan penjaja dan peniaga kecil secara menyeluruh.
00:24Silap, saya mula nak umum RM100,000 je. Cukup. RM100,000 tu banyak kan nak.
00:32Tapi saya fikirkan berapa RM100,000 punya penjaja, berapa syarikat ada, berapa gerai ada,
00:42berapa persatuan ada, seluruh negara. Jadi atur baik-baik dan bantu bagi penjelasan.
00:52Bantu supaya tiap tahun kita ada peningkatan pendapatan penjaja dan peniaga.