Skip to playerSkip to main content
  • 11 minutes ago
Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata hampir semua permohonan projek pembangunan dan infrastruktur negeri diluluskan Kerajaan Persekutuan. Antaranya pemanjangan landasan LTSIP, sambungan ECRL ke Rantau Panjang dan Empangan Lebir.
Transcript
00:00Hampir semua permohonan projek pembangunan dan infrastruktur Kerajaan Negeri Kelantan telah diluluskan Kerajaan Persekutuan setakat ini.
00:08Menteri Besar, Datuk Mohd Nasruddin Daud berkata kelulusan itu hasil perbincangan dan kerjasama erat antara agensi Kerajaan Persekutuan dengan Negeri.
00:18Menurutnya hubungan baik antara kedua-dua pihak membolehkan masalah sebenar dikenalpasti dan keutamaan pembangunan diputuskan bersama.
00:25Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri Salor, Saizul Ismail pada persidangan Dun Kelantan pada Ahad.
00:33Antara projek yang mendapat kelulusan ialah pemanjangan landasan lapangan terbang Sultan Ismail Petra sejauh 400 meter serta sambungan laluan ril
00:40pantai timur ICRL dari Kota Baru ke Rantau Panjang.
00:44Mohd Nasruddin turut menyebut empangan lebih antara permohonan yang mendapat kelulusan dan merakamkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan.
00:51Beliau berkata infrastruktur lengkap penting untuk menarik pelaburan, membuka kawasan perindustrian dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.

Recommended