Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
JBPM Pulau Pinang memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut 2026/2027 melalui rondaan harian, pemeriksaan aset dan latihan menyelamat. Polis turut memperkemas penyelarasan operasi bersama agensi berkaitan.
Transcript
00:00Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JBPM Pulau Pinang meningkatkan rondaan harian di 51 kawasan berisiko banjir kilat sebagai persediaan menghadapi
00:09monsoon Timur Laut 2026-2027.
00:13Pengarahnya, Mohd Syoki Hamzah berkata pemantauan berterusan membolehkan anggota bertindak segera sekiranya berlaku banjir kilat atau kenaikan paras air sungai.
00:23Antara kawasan yang diberi perhatian di bahagian pulau ialah Jalan Piramli, Jalan Patani, Jalan Mahsuri, Teluk Kumbar dan Balik Pulau.
00:31Di seberang perai pula, lokasi berisiko termasuk Sungai Jawi, Kampung Valdor, Sungai Juru, sekitar SP Arena serta beberapa kawasan kampung
00:40di Bertam.
00:41Bagi kesiak-siagaan operasi, sekurang-kurangnya 80% kekuatan anggota dikekalkan di balai pada setiap masa manakala kelulusan cuti dikawal
00:50sepanjang musim tengkujuh.
00:51JBPM Pulau Pinang turut menjalankan pengujian dan pemeriksaan aset banjir di semua balai pada Sabtu termasuk bot penyelamat, jentera darat
00:59dan kelengkapan sokongan.
01:01Pasukan penyelamat di air juga menjalani latihan intensif di Pulau Kendi pada pertengahan Oktober bagi memperkukuh kemahiran penyelaman dan pemindahan
01:09mangsa.
01:09Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim Kuang King berkata penyelarasan bersama agensi berkaitan turut diperkukuh meliputi penugasan
01:18anggota aset, logistik dan komunikasi ketika bencana.
01:21Ketua Polis Pulau Pinang

Recommended