Skip to playerSkip to main content
  • 17 minutes ago
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengetuai delegasi Malaysia ke CHOGM 2026 dan mesyuarat berkaitan. Perbincangan tertumpu kepada Kerjasama Selatan-Selatan, jurang pembangunan serta perdagangan dan pelaburan antara anggota Komanwel.
Transcript
00:00Menteri Luar, Datuk Seri Muhammad Hassan akan mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Ketua-Ketua Negara dan Kerajaan Commonwealth ke-28,
00:08Cogam, 2006 bermula hari ini hingga 4 November.
00:12Persidangan dan mesyuarat berkaitan berlangsung di St. John's, Antigua dan Barbuda dengan penyertaan Ketua Negara, Ketua Kerajaan dan Menteri dari
00:2256 negara anggota.
00:24Wisma Putra memaklumkan Muhammad akan menyertai beberapa mesyuarat peringkat tinggi serta mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat.
00:32Perbincangan akan memberikan tumpuan kepada pengukuhan kerjasama selatan-selatan dan usaha merapatkan jurang pembangunan global.
00:39Usaha menggalakkan perdagangan dan pelaburan antara negara anggota Commonwealth turut menjadi tumpuan.
00:44Menurut Wisma Putra, penyertaan Malaysia menzahirkan komitmen berterusan untuk mendukung prinsip serta nilai piagam Commonwealth dan memperkukuh kerjasama antara negara
00:53anggota.
00:54Cogam 26 membawa tema mempercepat perkongsian dan pelaburan demi Commonwealth yang makmur.

Recommended