00:00Peningkatan peruntukan hampir 3 kali ganda bagi tempoh 2023 hingga 2027
00:05berbanding 5 tahun sebelumnya membuktikan Sabah dan Sarawak tidak pernah dipinggirkan
00:10dalam peruntukan pembangunan jalan luar bandar.
00:13Bekas Menteri Kewangan Tengku Datuk Serizafrul Abul Aziz berkata
00:17peningkatan itu mencerminkan komitmen kerajaan terhadap pembangunan infrastruktur luar bandar
00:22di dua negeri itu yang setiap tahun,
00:25menerima kira-kira separuh daripada keseluruhan perbelanjaan jalan luar bandar negara.
00:33Tengku Zafrul menerusi hantaran di laman sosial beliau berkata
00:37perbelanjaan sebenar bagi pembangunan jalan luar bandar di kedua-dua negeri itu
00:41mencecah RM1.41 bilion tahun ini iaitu jumlah tertinggi dalam tempoh 10 tahun.
00:49Beliau yang juga pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia Maida
00:52dan penasihatkanan politik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan
00:56perbelanjaan jalan luar bandar bagi tempoh 2018 hingga 2022
01:00berjumlah RM3.7 bilion.
01:04Manakala bagi tempoh 2023 hingga 2027 meningkat kepada RM11 bilion
01:09termasuk peruntukan tahun ini dan tahun hadapan.
01:12Mengulas mengenai penangguhan beberapa projek jalan luar bandar,
01:16Tengku Zafrul berkata langkah itu perlu dilihat dalam konteks pengurusan kewangan negara
01:21dan peningkatan komitmen kontrak yang melebihi peruntukan asal diluluskan Parlimen.
01:26Beliau berkata sejak 2022 perbelanjaan jalan luar bandar setiap tahun
01:30telah melebihi peruntukan asal yang diluluskan Parlimen
01:33sekaligus menyebabkan komitmen kontrak terus meningkat
01:36sehingga berlaku tunggakan bayaran kepada kontraktor.
01:39Menurutnya, Kementerian Keuangan MOF perlu mengimbangi keperluan peruntukan
01:43semua kementerian termasuk sektor kesihatan, pendidikan dan pembangunan luar bandar.
01:48Antara kementerian yang terlibat ialah
01:50Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
01:53Kementerian Sumber Asli dan Kelesterian Alam,
01:56Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya,
01:58Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan,
02:00Kementerian Pengangkutan,
02:02Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
02:03dan Kementerian Ekonomi.
02:06Tengku Zafrul menegaskan bahawa penangguhan kontrak baharu
02:08tidak bermaksud projek sedia ada dibatalkan
02:10dan MOF pula tidak pernah mengeluarkan arahan
02:13untuk membatalkan projek berkenaan.
02:15Sepaliknya, beliau berkata,
02:17penangguhan kontrak baharu dilaksanakan
02:19bagi mengelakkan tunggakan bayaran terus meningkat
02:21dan memastikan komitmen kewangan kerajaan kekal terkawal.
02:25Beliau berkata, pengurusan kewangan negara
02:27perlu dilaksanakan secara berhemah
02:28dengan mengambil kira bukan sahaja kelulusan sesuatu projek,
02:32malah keupayaan kerajaan menyediakan peruntukan mencukupi
02:35untuk membiayai pelaksanaannya.
02:37Menurutnya, kerajaan memahami keperluan penduduk
02:39di kebanyakan kampung di Sabatan Sarawak
02:41yang masih menandikan kemudahan jalan raya yang lebih baik.
02:45Subungan itu, Belanjawan 2027
02:47terus menyediakan 2.27 bilion ringgit
02:50bagi pembangunan jalan luar pandar
02:52selain 34.9 bilion ringgit
02:55untuk Sabatan Sarawak
02:56iaitu jumlah tertinggi antara semua negeri.
03:00Terima kasih telah menonton!