00:00Fenomena Super El Nino berpotensi mencetuskan kemarau dalam beberapa bulan akan datang pakar kriminologi dan perubahan iklim Universiti Kebangsaan Malaysia
00:09UKM.
00:10Prof. Emeritus Fredolin Tanggang berkata, fenomena ini akan mencetuskan keadaan lebih kering di utara Borneo, khususnya utara Sarawak dan Sabah.
00:22Menurut Fredolin, keadaan ini berpotensi meningkatkan risiko kebakaran hutan serta tanah gambut sehingga April atau Mei 2027.
00:30Tambahnya, Super El Nino juga akan menjejaskan bekalan air serta mengancam sektor pertanian negara.
00:35Bagaimanapun, hujan yang dibawa monsoon timur laut ke selatan Sumatera dan Kalimantan dijangka membantu mengurangkan risiko kebakaran hutan dan tanah
00:44gambut yang menjadi antara punca jerebu rentas padan sebelum keadaan lebih kering berpotensi melanda utara Borneo.
00:51Sementara itu, pakar klimatologi Prof. Emeritus Datuk Dr. Azizan Abu Samah menjagakan pengaruh El Nino yang kuat berpotensi mengurangkan intensiti
01:00dan tempoh hujan sepanjang MTL, khususnya pada November dan Disember.
01:04Ini sekaligus memungkinkan risiko banjir besar seperti yang berlaku pada 2021 menjadi lebih rendah.
01:11Beliau turut menjangkakan bilangan luruan monsoon berkurangan daripada kebiasaan 7 hingga 8 episod kepada sekitar 5 hingga 6 episod.
01:20Keadaan itu juga berpotensi mengurangkan risiko ombak besar, hakisan pantai dan kenaikan paras air laut akibat lonjakan ribut di kawasan
01:28pesisir pantai yang menghadap Laut Cina Selatan.
01:30Jabatan Meteorologi Malaysia, Mek Malaysia menjangkakan kemungkinan fenomena Super El Nino membawa cuaca lebih panas dan kering pada tahun depan
01:39khususnya antara penghujung Januari hingga Mac dengan suhu maksimum berpotensi melebihi 41 darjah Celsius.
01:45Terima kasih.
01:46Terima kasih.