Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Keupayaan mengesan barangan terlarang di pintu masuk negara perlu diperkukuh menerusi penggunaan teknologi pengimbas kargo lebih canggih, termasuk sistem yang mampu membezakan bahan sehingga ke peringkat molekul.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Keupayaan sistem pengimbas sedia ada dalam mengesan barangan terlarang di pintu masuk negara perlu dipertingkatkan bagi memastikan bahan berbahaya tidak
00:08terlepas daripada pemeriksaan keselamatan.
00:10Timbalan Menteri Pengangkutan Dato' Hasbi Habibullah berkata teknologi pengimbasan sedia ada masih memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan ketepatan pengesanan, khususnya bahan
00:21yang mempunyai rupa fizikal yang hampir sama.
00:26Beliau berkata teknologi seperti diffraction atau penyebaran wajar dipertimbangkan bagi membezakan bahan terlarang seperti dadah daripada bahan lain seperti tepung
00:36susu.
00:37Apa yang kita cek yang terlepas di sini di Australia boleh tangkap contohnya jadi mereka kenapa sana boleh tangkap tapi
00:45kolaborasi informasi itu memang ada.
01:00Sementara itu Hasbi berkata 132 daripada 184 unit mesin pengimbas kargo dan bagasi di pintu masuk utama negara telah dilengkapi
01:10teknologi berasaskan kerjadasan buatan AI.
01:13Bagaimanapun beliau berkata keberkesanan teknologi itu masih bergantung kepada ketepatan sistem pengumpulan data serta keupayaan algoritma mengenalpasti objek mencurigakan.
01:25Sehubungan itu pengalaman dan kompetensi pegawai pemeriksa kekal penting terutama apabila keputusan pengimbasan menunjukkan anomali yang memerlukan pemeriksaan fizikal lanjut.
01:36Terima kasih kerana menonton!
01:37Atas
01:37Terima kasih kerana menonton!

Recommended