00:00Pihak berkuasa Rusia menahan seorang remaja sesulan hantaran TikTok yang didakwa mengandungi ancaman serangan di kompleks muzium dan taman Saritsynia,
00:11Moskow.
00:12Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia, FSB, memaklumkan sasatan dimulakan selepas menerima maklumat daripada Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang Amerika Syarikat mengenai persediaan
00:23serangan pengganas di muzium berkenaan.
00:28Menurut FSB, remaja warga Rusia itu memuat naik gambar berpakaian taktikal dan bertutup muka sambil memegang objek menyerupai senjata otomatik.
00:37Suspek turut didakwa memuat naik gambar di muzium Saritsynia dengan caption yang menyatakan dia telah menemui lokasinya.
00:45Pemeriksaan di kediamannya menemui pakaian dan aksesori yang digunakan dalam gambar tersebut.
00:50FSB turut mendakwa pemeriksaan peranti suspek menemukan langganan saluran telegram berfahaman neonazi serta carian berkaitan serangan pengganas dan keganasan.
01:01Semua acara kebudayaan dan aktiviti awam di muzium serta taman berkenaan dibatalkan manakala kawalan keselamatan diperketat sepanjang siasatan.
01:10FSB turut merakamkan terima kasih kepada pihak Amerika Syarikat atas perkongsian maklumat itu.