Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Lebih 200 individu ditahan selepas protes Generasi Z di beberapa bandar Jerman bertukar ganas dan mencetuskan pertempuran dengan polis.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Lebih 200 individu ditahan polis di Jerman selepas tercetusnya pertempuran dan rusuhan di beberapa bandar utama sesudah protes Gen Z
00:08atau Gen Z di beberapa bandar utama negara itu.
00:12Menurut media antarabangsa, himpunan yang pada mulanya berlangsung secara aman di lebih 30 bandar, menyaksikan puluhan ribu anak muda menuntut
00:19peningkatan peruntukan pendidikan, bantuan menengani kos sehari hidup, serta membantah carangan menghidupkan semula khidmat tentera wajib.
00:28Rusuhan berlaku di Hamburg, Frankfurt dan Berlin apabila kumpulan radikal menganjurkan himpunan berasingan selepas protes utama berakhir.
00:37Menurut pihak berkuasa, sebahagian peserta membina sekatan jalan, melempar batu, botol dan mercun ke arah anggota polis.
00:45Polis bertindak balas dengan mengerahkan pasukan khas bagi mengawal keadaan.
00:49Di Hamburg, seramai 120 individu ditahan, manakala 11 anggota polis dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut.
00:57Manakala di Berlin pula, sebanyak 56 individu ditahan, sementara dengan 27 pegawai polis mengalami kecederaan rengan.
01:05Dalam pada itu, situasi di Frankfurt menjadi lebih tegang apabila sekumpulan individu bertopeng memecah masuk premis perniagaan termasuk sebuah kedai
01:13senjata.
01:13Polis berkata sekurang-kurangnya dua senjata api dilaporkan dicuri namun berjaya dirampas semula selepas seorang suspek ditahan.
01:22Siasatan berhubung insiden berkenaan masih diteruskan.

Recommended