Skip to playerSkip to main content
  • 11 minutes ago
Perdana Menteri menyifatkan kejayaan penganjuran MotoGP Malaysia 2026 sebagai pencapaian yang terus mengangkat nama Malaysia di pentas antarabangsa.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah dan perhargaan kepada semua pihak yang menjayakan penganjuran Grand Prix Motosikal
00:07Malaysia 2026 di Lita Antarabangsa Sepang.
00:11Menurutnya edisi kali ini berlangsung dengan penuh debaran dan kemeriahan disamping menampilkan persiangan sengit dalam kalangan pelumba terbaik dunia.
00:20Beliau turut merakamkan penghargaan kepada petugas, penganjur, sukarelawan serta peminat sukan permotoran yang menyumbang kepada kejayaan acara tersebut.
00:29Katanya semangat dan kemeriahan MotoGP mampu menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak muda untuk menceburi sukan permotoran dan mengharumkan nama
00:37negara.
00:38Dalam masa sama, beliau juga sempat mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif MotoGP Sports Entertainment Group, Carmelo Esbileta, bagi bertukar
00:47pandangan mengenai perkembangan sukan itu dan potensinya untuk terus mengangkat nama Malaysia di pentas antarabangsa.
00:53Di sebalik kehangatan perlumbaan, katanya MotoGP turut memberikan manfaat ekonomi menerusi peningkatan aktiviti pelancongan, peluang perniagaan dan pertubuhan ekonomi setempat.
Comments

Recommended