00:00Polis Thailand memburu enam individu yang disyaki terbabit dalam rangkaian pengubahan wang haram rentas negara menerusi penggunaan akaun peribadi, syarikat
00:10dan dana luar pesisi bagi menyembunyikan sumber wang haram.
00:14Sindiket itu dipercayai dikaitkan dengan Benjamin Ben Smith, Mo Bega dan Yim Lik yang disyaki menggunakan saluran kewangan berlapis untuk
00:24menyalurkan hasil kegiatan jenayah ke pasaran modal Thailand melalui pelaburan.
00:33Pada 26 Oktober lepas, Pusat Anti Penipuan Cyber Thailand menyerbu empat lokasi dengan penglibatan kira-kira 90 pegawai.
00:41Pasukan itu merampas dokumen kewangan, peranti penyimpanan aset digital, telefon bimbit serta komputer bagi membantu siasatan.
00:50Siasatan mendapati sindiket itu memindahkan dana melalui akaun di Thailand, Kemboja dan Singapura sebelum sebahagiannya dilaburkan dalam saham syarikat utama
01:00di Thailand.
01:01Transaksi yang dikesan pada 2024 dan 2025 melibatkan puluhan bilion baht.
01:06Pihak berkuasa turut membekukan saham bernilai lebih 14.8 bilion baht serta merampas aset lain termasuk kapal layar, kenderaan, wang
01:17simpanan dan tanah menjadikan keseluruhan nilai rampasan melebihi 21 bilion baht.
01:22Terima kasih telah menonton!
01:25Terima kasih telah menonton!
01:27Terima kasih telah menonton!